Connect with us

#celeb

Salam takziah, pengarah filem Tragedi Oktober kembali ke rahmatullah

Yusof Kelana, pengarah filem Tragedi Oktober yang diterbitkan pada tahun 1996 telah menghembuskan nafas terakhirnya pada jam 9:30 pagi hari ini di kediamannya, Taman Melawati, Hulu Klang.

Menurut isteri kepada Allahyrham Yusof, Nur Maynah berkata sewaktu dihubungi pihak sumber bahawa suaminya telah menghembuskan nafas terakhir sewaktu dia bersama anaknya sedang menghafaz surah Yaasin.

“Arwah berada dalam keadaan sedar, cuma dia diam dan tak bergerak sebelum meninggal dunia. Saya panggil anak-anak untuk membaca Yasin. Saya juga sempat bisik ke telinganya dengan menyebut kalimah Lailahaillallah,” katanya.

Maynah menambah, suaminya berada dalam keadaan baik tetapi secara tiba-tiba berubah menjadi lemah.

“Kelmarin dia okey saja. Arwah tidak menunjukkan perubahan yang ketara, mungkin sudah tiba ajalnya.

“Arwah dijangka dikebumikan selepas solat Asar hari ini, namun belum dipastikan lokasi pengebumian. Tetapi kalau boleh saya ingin arwah dikebumikan di tanah perkuburan yang berhampiran dengan rumah,” katanya.

Dahulu, Allahyrham Yusof, 66, telah disahkan menghidap penyakit kanser kulit tahap empat. Beliau disahkan berada dalam kondisi yang tenat di Institut Kanser Negara (IKN), di Putrajaya.

Yusof mula menghidap kanser kulit itu pada Julai lalu, dengan bersangka bahawa luka di tapak kakinya hanyalah kecederaan yang tidak serius dan biasa sahaja.

Selepas sahaja sakit dada menimpa Allahyrham dan terjatuh di dalam rumah, barulah pengarah filem Tragedi Oktober itu dibawa ke hospital meskipun diajak berulangkali oleh anaknya.

Pihak pakar perubatan telah melaksanakan ujian Computed Tomography atau CT scan, memandangkan dia tidak mengalami sebarang penyakit kencing manis dalam hidupnya dan nasib tidak menyebelahi, pihak perubatan menemui sel kanser yang sudah mencapai tahap empat.

Al-Fatihah. Semoga roh Allahyrham Yusof Kelana dicucuri Rahmat, In Shaa Allah.

Sumber Hmetro

Continue Reading
Click to comment

Leave a Reply

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan.

Trending

    Tersilang akar ada tunasnya, Melingkar sabut kenal umbinya