Connect with us

#vvip

Sampai 6, 7 org bf kat U dulu aku pernah terlanj0r tp suami xtau pun, pelikk cpt sgt duitt habis skrg.

Baca perlahan-lahan dan ambillah Pengajaran apa yg pernah berlaku kepada saya ini. Jadikan ini sebagai panduan.

Assalamualaikum semua. Aku Anis dan berumur 30an. Dah kawen dan dah ada anak. Baru baru ni aku ada baca yang kes tngkap basah. Saja nak cerita pengalaman hidup.

Aku masa zaman belajar dulu boleh dikatakan agak liar sikit. Tak pakai tudung. Solat pon jarang jarang. Kalau solat pon habis salam kiri kanan terus bukak telekung.

Masa zaman sekolah menengah, aku budak baik jugak la. Tapi lepas masuk uni, maybe cvlture sh0ck kot. Duduk asrama ramai ramai jumpa kawan macam macam pastu suka hati boleh keluar malam takde orang tegur apa semua.

Rumate pon jarang ada. Gitu lah. Sepanjang di uni, ada la dalam 6, 7 orang pakwe. Semua pernah terlnjur dengan aku, hmmm.

Lepas habis belajar, keje kejap, kenapa entah maybe Allah sayang saya kot. Saya dapat workmate yang alim alim je semua. Jenis geng usrah. Pakai labuh labuh sopan santun lemah gemalai.

Automatik saya pon berubah slow slow ke arah lebih baik. Solat taubat semua. Pastu maybe Allah memang sayang.

Ex ex boyfriend semua hilang entah ke mana setakat ni tak pernah jumpa di fb ke ig ke atau dalam aeon ke pasar malam ke taman ke klcc ke.

So keje dalam 3 tahun, jumpa suami. Terus kawen. Suami baik sangat sangat. Suami maybe tak tahu kot saya pernah terlnjur. Dia tak pernah tanya tak pernah cakap apa apa dan saya pon tak pernah tanya kisah silam dia macam mana tapi dia memang baik.

Jadi saya bersangka baik. Mungkin dia tak pernah terlnjur sebab bila saya tanya kawan kawan rapat dia, mak ayah kakak dia dan adik beradik dia semua bagitau dia tak ada makwe. Saya orang pertama yang dia rapat dan terus bawa balik rumah untuk kenalkan pada family.

Korang mesti tau kan. Ada dalam al quran sebut. Ada hadis jugak. Orang yang berz1na ni. D0sa besar. Allah tarik rezeki dia. Dia akan sentiasa duduk dalam keadaan sesak takde duit walaupun rezeki dia melimpah ruah.

Macam tu la aku sekarang. Aku kerja gaji bersih RM4500. Tak ada tolak apa apa. TAPI.. tengah bulan je habis.

Aku buat apa? Beli baju online beli barang mekap beli kasut beli itu ini. TAPI.. baju tak padan mekap tak boleh pakai sebab alergik kasut tak sedap pakai salah size. Macam macam.

Tapi aku macam tak serik. Every month mesti macam tu. Bila saving banyak sikit, mesti ada hal punya. Tayar kereta pancit kereta kena langgar tv rosak itu ini.

Tapi suami aku. Gaji lebih kurang aku. Tapi dia boleh bayar kereta di kampung bayar kereta kami sekarang bayar rumah bayar astro bayar api letrik, bayar air, topap kan aku beli barang dapur. And the list goes on. Hujung bulan still lagi ada duit dia. Aku tak faham!!!

Bila turn aku bayar astro, daripada 150 tiba tiba akan ada la caj bayar lambat caj pemasangan semula (lol) caj extra channel semua benda.

Bila time aku nak belanja makan, mesti mahal nak mampos. Tapi kalau dia yang belanja makan sedap sedap eh murah pulak. Aku tak faham.

Aku dapat kwsp berpuluh ribu. Tak sampai 2 bulan habis. Walaupun aku dah save siap siap di asb tapi semacam ada benda merasok suruh keluarkan. Beli macam macam.

Tapi benda macam macam tu macam takde makna pon contohnya macam tu lah. Beli kasut beli makan sedap sedap beli tiket berchotu, hmm.

Last sekali aku bagi suami pegang. Suami dapat kwsp, elok je macam macam dia boleh buat dengan duit tu yang kami nampak dengan biji mata.

Aku selalu cakap dekat suami. Kenapa ya rezeki saya ni macam tak berkat. Adaaa je benda nak dihabiskan. Duit aku aku habiskan sendiri tapi duit dia menyumbang macam macam untuk kami 1 keluarga.

Dia dah ada rumah dan tanah. Aku takde apa apa. Nak beli rumah sebijik pon punya la susah proses tapi dia senang je aku tak faham.

Aku rasa ni la balasan sebab aku pernah berz1na. Bukan sekali tapi berkali kali. Memang betul Allah sempitkan rezeki aku walaupun rezeki sentiasa ada tapi sentiasa habis.

Bukan aku tak cuba berjimat atau cuba tips berjimat tapi kau tahu, ia berlaku secara tak sedar. Simpan simpan eh tiba tiba mana pergi yang simpan tu? Ooo rupanya itu ini itu ini.

Nak cakap pon tak pandai until u experienced it by yourself. Walaupun aku dah taubat nasuha banyak kali menangis nangis.

Mungkin Allah dah ampunkan aku tapi balasannya tetap berjalan. Aku redha ya Allah. Jika balasan di dunia ini mengurangkan siksaan Mu di akhirat. Aku redha.

Terima kasih ya Allah kerana rezekikan aku dengan suami yang baik, anak yang sihat alhamdulillah cerdik. Readers yang membaca, elakkan z1na. Hidup takkan tenang dan rezeki takkan cukup.

Aku bersyukur sangat dah ni ex aku tak pernah ada yang buat gile bocor kan rahsia atau mengandung atau apa apa yang sewaktu dengannya. Memang Allah sayang aku. Aku ja yang buta hati dan mata. Semoga korang tak bdoh macam aku.

Perkongsian Anis ternyata mendapat pelbaga reaksi dari pembaca. Lihat apa kata mereka.

Cik Atiqah -Prnh dgr satu ceramah,antara ayt ustz “dah la kita ni bnyk buat d0sa, lps tu berangka buruk pulk dgn Allah, pikir setiap bnda yang jdi sbb blsan d0sa. Allah, buruknya perangai” ustz tu ckp lah.

Noradila Ismail – Sebenarnya rezeki awak murah. Tapi awak tak pandai urus. Betul balasan z1na tu. Tapi kalau kita dah bertaubat betul-betul janganlah bersangka buruk dengan allah.

Banyak nikmat awak dapat, suami yang baik, kerja tetap, gaji banyak. Cuma adalah tu kena perbaiki lagi.

Dalina Yusof -Maybe bukan kerana d0sa lampau kalau dah betul2 bertaubat. Kasih Allah tu luas. Probably kena tgk balik in terms of zakat, sedekah, ibubapa, adik beradik, hutang yang belum berbayar etc?

James Riddick -Aku teringat lagi akak aku masa mengandungkan anak dia…setiap malam dia mengaji…anak dia cerdik…dan baik..tapi akhirnya akak aku bercerrai..sebab abg ipar aku currang… anak2 macam hilang arah…

Terbaru,akak aku cakap..anak dia tu dah mengandung luar nikah…pakwe dia plak,suami orang yang dalam proses nak cerrai…hakim pula tak mahu nikahkan diorang…haih berat dugaan…aku yang rasa sedih plak..

Jannatunaim Alang Husin -Puan, puan kan dah buat solat taubat dulu dgn niat takkan ulang lagi.

So sekarang puan masih berz1na lagi ke? Kalau tak, maksudnya bukan sebab d0sa silam, tapi sbb puan memang boros, atau puan memang takde kemahiran pengurusan kewangan.

Allah Maha Pengasih lagi Penyayang, bukan salah takdir, jangan asik pikir salah tuhan sbb balasan tuhan..tapi puan memang boros.

Dan boros tu habit buruk sebab menghabiskan untuk benda-benda yang bukan keperluan. Ubat boros adalah sedekah.

Puan cuba sedekah tiap2 bulan kat orang yang sangat memerlukan..bermula dari ibu bapa, ahli keluarga, saudara terdekat, anak2 yatim, fakir miskin.

Puan cuba ubah gaya hidup puan, fikir positif sebab sya1tan memang kerja dia nak hasut anak adam sampai k1amat. Dan bawak bertenang bila nampak duit banyak.

Bariyah Baharudin – Suami yang baik, kesihatan yang baik, pekerjaan yang baik. Tu pun semua rezeki.

Saya assume awak ni mesti kerja kerajaan gred 41 kan? Sebab baru dpt buat pengeluaran penuh kwsp.

Tapi awak aware tak duit kwsp tu perlu dibayar zakat simpanan? Perlu Pembersihan dividen kalau tak sempat tukar account syariah? Kalau awak tak buat mungkin ni asbab duit awak cepat habis.

Kene mula bersedekah, tidak berkira, bayar zakat pendapatan sebab gaji 4.5k patut dah kene zakat dah.

Sentiasa bantu org susah. Perlu ingat, Dlm rezeki awak ada rezeki orang lain.

Kalau dah lakukan semua ni, masih lagi kewangan awak bermasalah, sangka baik dengan Allah. Dia memang uji hamba yang Dia sayang. Maknanya dia tak lupa kita. Bersyukurlah Allah tak lupa kita.

– Anis (Bukan nama sebenar).

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page.

Continue Reading

Trending