Connect with us

#pop

Sampai Bila Nak ‘Bagi Muka’ Pada Pelampau Biadap Hina Agong?

Baru-baru ini, di serata platfrom media sosial telah tul4r dengan video dimana dua individu wanita tidak dikenali bertindak melakukan vandalisme dengan merosakkan mural di Seksyen U12, Shah Alam. Hal ini menarik perhatian seluruh warga Malaysia.

Pesalah yang melakukan vandalisme harus dikenakan tindakan dan hukuman setimpal oleh pihak berkuasa. Jika gagal membuat demikian, pasti tindakan tidak bertanggungjawab itu akan berulang.

Dua individu itu merosakkan mural Yang di-Pertuan Agong dan pemimpin negara yang lain.

Prof Dr Zainur Rashid Zainuddin selaku Naib Presiden gerakan Islam, Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) menggesa dua individu tersebut ditangkap dan dikenakan tindakan sewajarnya atas perbuatan yang jahil itu.

Dr Zainur juga mengutuk perbuatan dua individu tersebut yang bukan hanya merosakkan mural, malah menulis kata-kata kesat menggunakan ‘spraypaint’ pada potret Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Akibat dari kerosakan itu, keseluruhan mural itu dipadam oleh Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA).

Kes ini dimurkai oleh Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah dan Pemaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Maimunah Iskandariah Almarhum Sultan Iskandar turut berduka.

Dr Zainur Rashid mengatakan bahawa perbuatan dua individu itu sangat melampau dan ia tidak boleh dipandang remeh.

“Tidakkah kita pernah dikejutkan dengan seorang yang menghina lagu Negaraku? Tidakkah kita pernah ‘dipanaskan’ oleh hartawan menghina ATM?

“Tidakkah kita ingat beberapa insiden menghina Jalur Gemilang? Tidakkan kita pernah dikejutkan oleh beberapa insiden penghinaan Agong sebelum ini?

“Kenapa kerajaan harus terus ‘lembik’ dengan mereka yang biadab dan kurang ajar ini?,” kenyataan Dr Zainur Rashid yang dibuat pada hari ini.

Kini, pihak berkuasa berusaha mengenal pasti dua individu wanita yang terlibat dalam perbuatan tidak bermoral itu terhadap mural yang memaparkan beberapa pemimpin negara.

Mural itu merupakan hasil karya tiga pemuda. Mural itu menunjukkan wajah pemimpin negara iaitu potret Agong, Perdana Menteri, Ketua Pengarah Kesihatan dan Presiden PAS. Kesemua pemimpin itu diconteng dan ditulis perkataan kes4t.

Janganlah kita hina pemimpin negara. Jika tiadanya kewujudan mereka, pasti negara kita akan hidup kucar-kacir. Bersyukurlah negara kita masih aman dan sejahtera.

Sumber: ismaweb

Continue Reading
Click to comment

Leave a Reply

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan.

Trending

    Tersilang akar ada tunasnya, Melingkar sabut kenal umbinya