Connect with us

#celeb

Sape Suruh Awak Terima Pinangan Saya Dulu. Padan Muka Kau – Mamat Sepah

Mamat Sepah, pasti ramai yang kenal, bukan? pelawak yang mendapat perhatian ramai semasa zaman kegemilangannya sebelum berpecah ikut haluan masing-masing. Kumpulan sepah terdiri daripada Jep, Shuib dan juga Mamat. Namun jika kita sembang pasal kahwin ni, Mamat lah yang paling lewat menempuh dunia rumahtangga.

Mamat atau nama sebenarnya Mohd Noor Murad akhirnya membina rumahtangga bersama Nordiana Ibrahim pada tanggal 2 Mac 2020. Yang mengejutkan, Mamat menikahi isterinya yang merupakan seorang anggota polis berkhidmat di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam.

Menerusi laman akaun Instagram Mamat, beliau telah kongsikan betapa berbezanya karakter, watak dan sikap dia dan isterinya.

Mamat mengusik isterinya dengan bertanya bagaimanalah dia boleh terima lelaki macam Mamat yang ‘rock’ ni.

Beliau menulis caption gambar: ” Macam langit dan bumi.. di sudut hati isteri saya mesti mikirkan nape la laki dia macam ni. ”

” Mesti dia tak penah terpikir akan berkawin dengan lelaki rambut panjang macam saya.. yela sekeliling kat tempat kerja dia sume orang yang smart dan berdisplin, ”

” Balik je umah jumpa laki rambut mcm orang kat lokap, kadang yang kat lokap tu lagi smart dari laki dia.. ”

” Dia kna terima hakikat kahwin dengan rockers sejati.. Sape sruh awk terima pinangan saya dlu?? ”

” Padan muka ko dapat laki rambut sama panjang. Luaran tidak mnjanjikan apa-apa.. yang penting? Tolong sambung.. ” akhiri Mamat.

Mamat suka simpan rambut panjang sejak remaja

Tidak dinafikan bahawa Mamat terkenal sebagai pelawak sewaktu dirinya masuk kedalam kumpulan Sepah bersama Jep dan Shuib. Namun, minat Mamat terhadap muzik rock boleh dikatakan tinggi.

Gayanya yang berambut panjang sebenarnya bermula sejak dari dia remaja lagi. Malah, Mamat kongsikan gambarnya bersama rakan-rakan termasuk Jep pergi ke konsert kumpulan Rock tanah air, Search sekitar 2005 bertempatkan di Melaka.

Caption di ruangan gambar akaun Instagram milik Mamat berkata: ” Ni zaman kami budak2 kulai dan senai keje kilang surat kabo NSTP.. Zaman ni dlm kepala asik pikir camne nk populer cam kumpulan search..apa yg ptot kite buat supaya nmpak lain dri lain.. ”

” Masa ni umur saya dgn jep 20 tahun..gambo di amik masa tahun 2005 bru balik dri konsert search kt melaka.. Hari2 mengelamun klu la satu hari nanti dpt jmpe kumpulan search lepas tu perfome dgn dorg atas pentas msti gempak beb.. ”

” Time ni hari2 saya selalu ckp kt mmber2 satu hri nanti wa jd artis…hari2 gak kna gelak kan dgn mmber2 sbb dorg kata aku x btol  …tahun 2008 aku hentikan gelak ketawa dorg..dorg harus bergelak tgk kami di kaca tv.. Dari dlu aku mmg slalu set kt kepala IMPIAN BIAR LA SEPERTI MELASTIK SAMPAI KE BINTANG KEJORA.. ”

Sumber: IG mamatsepah via https://www.asiakini.com/

Continue Reading
Click to comment

Leave a Reply

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan.

Trending

    Tersilang akar ada tunasnya, Melingkar sabut kenal umbinya