Sarjan Ditemui Meninggal Dunia Dengan 3 Kesan Temb4kan Bahagian Leher, Dada & Kepala

Seorang anggota polis berpangkat Sarjan telah disahkan meninggal dunia dengan tiga kesan tembakan di bahagian leher, dada dan kepala yang dipercayai berlaku di kawasan belakang Balai Polis Bayan Lepas, petang semalam.

Menurut laporan Berita Harian, difahamkan kejadian itu berlaku pada jam 3.30 petang dan turut menemui sepucuk pistol berhampiran dengan mayat mangsa.

Menurut Ketua Polis Daerah Barat Daya, Superintendan Kamarul Rizal Jenal, mangsa yang berusia 51 tahun merupakan anggota yang bertugas di balai polis berkenaan.

“Mangsa ditemukan meninggal dunia dengan kesan tembakan pada leher, dada dan kepala. Polis juga menemukan sepucuk pistol bersama mangsa,” katanya.

Dalam pada itu, pihaknya memaklumkan pasukan forensik telah dikerahkan di lokasi kejadian untuk menjalankan siasatan yang lanjut.

Bukan itu sahaja, orang ramai dinasihati supaya tidak menyebarkan sebarang spekulasi susulan insiden tersebut.

Sumber: Berita Harian (Zuhainy Zulkiffli)

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending pada pautan di bawah.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*