Connect with us

#vvip

Aku brtengkar dgn akak dan bakal abg ipar cakap dia haramkan sebutir nasi kenduri kawin dorang masuk dlm perut aku

Satu hari aku berg4duh teruk dengan kakak sampai aku Iempang dia yang tengah mengandung. Aku terus pack barang nak balik Kuala Lumpur.

Mak aku cakap, kalau aku balik malam tu juga jangan dah balik rumah ni lagi, aku dengan kurang ajarnya jawab ‘hey orang tua, kalau ko m**i pun tak ingin aku jejak kubvr ko.’

Assalamualaikum W.B.T. Kisah yang akan aku ceritakan ini adalah dari kisah benar dan perkongsian ini boleh dijadikan teladan bagi orang lain.

Cerita ni agak panjang, sebab kalau nak aku ringkaskan, takut tak faham jalan ceritanya.

Nama aku Fasha (bukan nama sebenar) aku ni ada 5 orang adik beradik dan aku no.4 perempuan.

Atas aku semua kakak yang dah berkahwin. No.5 adik aku lelaki. Cuma aku dan adik aku sahaja belum berkahwin sehingga kini. Kisah ini, terjadi masa umur aku 21 tahun.

Umur aku tersangatlah muda waktu aku diberi ujian yang maha hebat ini oleh pencipta aku sendiri (ALLAH S.W.T) dan kisah ini juga masih berlarutan sehingga kini 8 tahun dah.

Aku sangat rapat dengan kakak aku No.1, No.2 serta adik aku No.5, Lagipun mana – mana pun aku pergi semua cakap kami macam kembar.

Aku keturunan sheikh, Nak cakap cantik sangat tu mcm bidad4ri tak delah cantik sampai tahap macam tu. Cuma sedap la mata orang yang memandang aku..

Bapak aku pula berkahwin dengan orang kampung biasa. Mak aku orang kedah. Ok berbalik cerita tadi, kami semua muka sama kecuali kakak aku yang No.3 dia banyak ikut keluarga sebelah mak aku lagi pun perangai / sikap dia lain dari kami adik beradik.

Masa aku meningkat remaja dia banyak buat hal dan susahkan mak bapak aku. Dia Iiar sikit, tak balik rumah sampai mak bapak aku tak tidur malam sebab risau takut apa – apa jadi dekat dia.

Aku ni tak la rapat sangat dengan dia dari kecil asyik berg4duh kerja kami tapi aku pun tak kej4m.

Aku banyak tau rahsia dia tapi aku sikit pun tak pernah nak mengadu dekat mak bapak aku. Kalau dia tak balik rumah bapak aku selalu tanya aku, bapak aku selalu cakap aku bersubahat dengan dia.

Setiap kali dia tak balik aku lah orangnya yang menjadi m4ngsa rotan oleh bapak aku sendiri tapi aku tak pernah berdend4m aku faham orang tua aku tengah risau pasal dia.

Aku shortkan cerita la yer..

Kisah aku ni terjadi masa kakak aku No.3 ni baru nak kahwin. Kakak aku yang 1st and 2nd dah seIamat kahwin dah siap ada anak lagi dah masa tu..

Perkahwinan dia, bapak dan mak aku sponsor sebab dia ni memang tak kerja. So, bapak aku suruh dia cari duit baju kahwin sahaja.

Aku brtengkar dgn akak dan bakal abg ipar cakap dia haramkan sebutir nasi kenduri kawin dorang masuk dlm perut aku

Masa tu pulak dia kekurangan duit, jadi dia call aku minta pinjam RM250. Aku pulak masa tu baru habis belajar dan baru start kerja di TM POINT Ampang tapi tak lama aku kerja kat sana pun dalam 3 bulan macam tu.

Aku dapat Offer lain. Aku ni minat sangat nak jadi pramugari dan aku dah lepas Stage – stage interview sehingga MAS AIRLINES suruh aku buat medicaI check up jer masa tu.

Ok berbalik pada cerita tadi, aku baru start kerja so company bagi aku cheque dan suruh aku buka account bank yang company tu guna.

Aku memang nak bagi dia pinjam duit tapi masalah aku kena tunggu cheque clear 3 hari. Nak dijadikan cerita, aku pun call kakak aku yang No.2 minta tolong..

Aku cakap kakak aku no.3 nak guna duit nanti aku dapat gaji aku terus bayar dekat kakak aku no.2 tu. So, biarlah kakak aku no.3 tu berhutang dengan aku.

Aku pun beritahu dekat dia tentang hal ini tapi dia m4ki aku macam – macam dia cakap aku ini tak boleh nak diharap dan tak nak bantu dia..

Aku brtengkar dgn akak dan bakal abg ipar cakap dia haramkan sebutir nasi kenduri kawin dorang masuk dlm perut aku

Apa yang buat aku sedih bakal abang ipar aku yang nak kahwin dengan kakak aku no.3 ni pun turut m4ki hamun aku..

Sepatutnya, dia yang kena marah sebab dia minta duit aku tapi sebaliknya pulak.. Yang buat aku lebih terkilan bakal suami dia masuk campur hal kami adik beradik dan dia sikit pun tak backup aku malah m4ki aku bertubi – tubi..

Sepatutnya, aku yang jadi pengapit dia kahwin nanti tapi bila dia dah m4ki aku macam – macam sebagai adik aku merajuklah, aku cakap yang aku tak nak jadi pengapit hang.

Bakal abang ipar aku dengar dia m4ki aku dalam telefon dia cakap ada aku jemput ko datang kenduri kahwin aku??

Aku pun baIaslah balik dekat dia, aku cakap yang aku pun ada maru4h kalau orang tak jemput aku pun tak ingin nak datang.

Bakal abang ipar aku cakap yang dia har4mkan sebutir nasi kenduri kahwin dorang masuk dalam mulut aku.

Dan aku baIas aku cakap aku har4mkan selangkah kaki aku jejak majlis dorang.. Aku memang tak balik langsung kampung aku masa majlis dorang.. Aku pun dah tak ambil tahu hal dorang..

Lepas dorang kahwin dalam 3 bulan macam tu kakak aku ni mengandung. Dia call aku minta maaf pasal kejadian tu dan aku pun sebagai adik maafkanlah kakak aku ni dan kami planning nak balik kampung sama – sama sebab sepupu aku nak berkahwin pulak.

Aku pun cakap lah kita balik hari jumaat malamlah naik bas sebab abang ipar aku tu kerja jadi tak boleh nak balik sekali.

Sepatutnya hari jumaat kami balik tiba – tiba kakak aku call khamis tu cakap kena balik khamis malam juga sebab abang ipar aku ni kena kerja jumaat malam tu.

Aku pun kelam kabut kemas bag baju terus pergi klang naik bas kat sana. Kakak aku ni agak kedekut sikitlah dalam kami adik beradik, tapi malam tu dia baik sangat dengan aku..

Dia belikan aku tiket bas, dia cakap dengan aku jangan beli air mineral sebab dia dah sediakan untuk aku. Aku memang tak fikir apa – apa pun sebab kakak kandung sendiri kot..

Aku ni seorang yang takut pada kegemukkan dan aku memang jaga badan aku, pukuI 7 malam ke atas aku tak akan sentuh apa – apa makanan pun..

Aku cuma akan minum air masak sahaja. Tapi malam tu, kakak aku cakaplah yang abang ipar aku ni bekalkan roti sardin yang dia buat sendiri.. Kakak aku pelawa aku makan tapi aku memang tak makan malam.

Kakak aku cakap tak baik tau kalau ibu mengandung teringin nak makan sama – sama dengan adik sendiri tapi aku menolak.

Untuk nak jaga hati kakak aku yang tengah mengandung tu aku pun makan lah.. Yang aku pelik, aku makan tak ingat dunia.

Sesampainya kami dekat kampung, aku macam biasa jer tapi keesokan harinya, Aku tengah tidur dengan kakak aku tu lah dalam bilik, tiba – tiba aku terjaga pukuI 3 pagi tepat..

Aku rasa ade orang tengah cucvk perut aku sampai pedih hulu hati.. Aku pergi tandas aku munt4h d***h.

Bila aku buka pintu toilet. Akak no3 ada depan pintu toilet. Ok lah aku penah type ni. Nanti aku sambung apa yang terjadi lepas tu.

Trending