Connect with us

#pop

“Saya cabar Aljazeera tunjuk negara mana beri kebebasan mutlak pada warga asing tidak berdokumen” – Ismail Sabri

Al Jazeera baru-baru ini memuat naik video di Youtube dan mengundang kemarahan netizen di Malaysia. AlJazeera membuat tuduhan dengan mengatakan bahawa ketika wabak pandemik melanda, kerajaan Malaysia melayan dengan ‘kejam’ terhadap migran dan pendatang asing tanpa izin (PATI).

Selain itu, AlJazeera juga menuduh bahawa kerajaan Malaysia melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan berunsurkan perkauman (racism).

Hal ini mendapat perhatian Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Dato Seri Ismail Sabri. Beliau mencabar AlJazeera untuk menyenaraikan nama negara yang memberikan warga asing hak kebebasan yang mutlak.

“Kita boleh tanya Aljazeera ini, berikan kita nama mana-mana negara dalam dunia ini membenarkan warga asing yang tidak mempunyai dokumen perjalanan atau dokumen tidak sah boleh bebas di negara mereka.

“Saya cabar Aljazeera tunjukkan negara mana yang memberikan kebebasan mutlak kepada warga asing yang tidak berdokumen. Jawapannya setahu saya, tidak ada,

“Menuduh tindakan kita bersifat perkauman ataupun rasis juga tidak benar, apa yang dilakukan adalah berdasarkan undang-undang.

“Pihak Imigresen menggunakan Akta Imigresen untuk menangkap dan menahan mereka yang tidak mempunyai dokumen yang sah di dalam negara kita ataupun yang langsung tidak mempunyai dokumen,”

“Dan tuduhan yang mengatakan kita mengurung secara tidak adil PATI tersebut adalah tidak benar, kerana bukan setakat PATI yang dikurung malah PKPD di kawasan lain, termasuk di pusat tahfiz, beberapa perkampungan di Hulu Langat dikurung juga. Setiap individu yang berada dalam kurungan PKPD dibuat saringan termasuk PATI juga disaring, kerajaan menanggung kos saringan terhadap mereka.

“Jadi tidak betul kalau kita katakan bahawa satu layanan yang tidak adil dibuat kepada mereka kerana mereka dikurung, kerana polisi dan SOP ini kepada sesiapa sahaja termasuk rakyat Malaysia,” tegasnya.

VIDEO BOLEH TENGOK DISINI

Beliau menyuarakan hal itu di sidang media Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) pada hari ini.
AlJazeera dituntut untuk memohon maaf kepada warga Malaysia atas penuduhan yang tidak berasas itu.

Sumber: BERNAMA

Continue Reading
Click to comment

Leave a Reply

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan.

Trending

    Tersilang akar ada tunasnya, Melingkar sabut kenal umbinya