Connect with us

#celeb

“Saya tinggalkan perkara yang paling saya suka iaitu kecantikan di dunia..” – Neelofa

Tidak pernah terfikir pun untuk berniqab, itulah yang dinyatakan oleh pengacara dan usahawan popular, Neelofa mengulas tentang penampilan terbarunya.

Jelasnya, bukan mudah dirinya membuat keputusan untuk berniqab, memandangkan fitrah seorang wanita kebiasaannya ingin nampak cantik.

Tak pernah terfikir pakai niqab

Berbeza dengan pengacara terkenal ini, selepas mengetahui tentang ganjaran pahala yang bakal diperoleh dia sanggup mengorbankan perkara paling disukai meskipun ia satu keputusan yang sukar.

“Saya sendiri masa nak tutup wajah dengan niqab pun bukan satu perkara yang mudah. Kali pertama terfikir nak pakai niqab saya sendiri tak pernah terbayang pun…”

“Tapi, selepas tahu ganjaran yang akan diperoleh, maka saya k0rbankan apa yang paling saya suka iaitu kecantikan di dunia ini…”

Wanita solehah lebih cantik dari bidadari syurga

Kenyataan itu dibuat Neelofa ketika sesi live di Instagram Kasih Neelofa sempena sambutan Maulidur Rasul, hari ini, membincangkan mengenai pesanan Rasulullah SAW buat wanita.

“Dikatakan isteri solehah, wanita solehah, wanita syurga serta tak kira apa rupa wanita itu, jika dia menunaikan solat, puasa di bulan Ramadan, mentaati suami dan menjaga kehormatan diri, maka dia jauh lebih cantik daripada bidadari syurga…”

“Menerusi kitab yang saya baca, Ummu pernah bertanya kepada Rasulullah antara wanita dunia dan bidadari syurga siapa lebih cantik?. Kemudian Baginda menjawab wanita dunia atau isteri solehah ini jauh lebih cantik daripada bidadari syurga.

“Ummu bertanya lagi kenapa? Rasulullah menjawab, mereka jauh lebih cantik sebab menjaga solat, puasa, ibadah mereka kepada Allah dan Allah menutupi wajah mereka dengan cahaya.

“Kecantikan seseorang yang beralaskan cahaya Allah ini tidak dapat digambarkan dengan akal fikiran. Kurniaan cahaya ini juga tidak diberikan kepada bidadari syurga tapi diberikan khas kepada wanita dunia atau isteri solehah,” katanya.

Semoga Neelofa istiqomah dalam mencari redha Allah dan mampu menjadi inspirasi buat kita untuk sentiasa berubah ke arah yang lebih baik.

Sumber : Harian Metro (Najiy Jefri)

Continue Reading

Trending