Connect with us

#celeb

Saya Mengaku Itu Anak Saya Nora Ariffin Buka Mulut Isu Ank Gadis Bercvmbu Mohon Berikan Ruang

Penyanyi Wan Norafizah binti Ariffin atau lebih mesra dipanggil Nora Ariffin mengakui bahawa gadis yang tular video bercumbu dengan remaja lelaki pada Khamis melalui aplikasi TikTok adalah anak perempuannya.

Terkejut dan kecewa dengan kejadian itu, Nora mengatakan dia telah lakukan yang terbaik untuk mendidik zuriatnya sendiri ke jalan yang benar.

“Allahuakbar. Dengan penuh rasa terkilan. I admit, it is her…………………

“Sebagai seorang ibu kami telah cuba sedaya upaya untuk mengajar, membimbing dan mendidik, serta memberikan apa yang terbaik dan termampu dalam kapasiti yang terbatas.

“Namun, sebagai seorang manusia kita tidak boleh lari daripada membuat kesilapan.

“Dia masih muda dan ada banyak ruang untuk belajar daripada kehidupan. Sebagai ibu saya juga banyak kelemahan,” katanya dalam laman rasmi di Instagram.

Nora menambah, dia mendoakan anak perempuannya akan mengambil pengajaran dari kesilapannya dan berusaha untuk menjadi individu yang lebih baik pada akan datang.

“Saya berdoa semua dia belajar daripada kesilapannya dan menjadi individu lebih baik insya-Allah.

“Kepada semua, berikan kami ruang dan ketenangan pada masa ini. Sama-sama doakan yang terbaik untuk dia dan diri masing-masing,” tambahnya.

Khamis lalu, satu rakaman video mirip anak perempuan kepada penyanyi Nora Ariffin tular di seluruh media sosial yang kelihatan sedang bercumbu dengan remaja lelaki.

Tidak melepaskan peluang memberi penjelasan, gadis Nora, Putri Nor Dahlia tampil menjelaskan situasi sebenar. Dahlia mengakui, dia dipaksa untuk melakukannya dan cuba mengelak daripada dicium oleh remaja lelaki tersebut.

“Saya dipaksa, dalam video itu pun boleh nampak saya ke belakang, saya cuba mengelak. Selepas benda itu berlaku saya macam duduk diam sebab saya malu dan tak tahu nak buat apa.

“Saya tak sanggup nak tumbuk dia ke apa, tapi saya marah dia selepas video itu, kitorang dah break,” jelasnya menerusi akaun Twitter @itzputridahlia.

Terdahulu, Nora Ariffin kongsikan khabar memilukan setelah ibu mertuanya (ibu Arwah Johan Nawawi), Nora Abdullah telah kembali ke Rahmatullah pada pagi semalam.

Ibu mertua Nora Ariffin ialah seorang penulis komik wanita pertama negara.

Beliau dahulu terkenal dengan hasil ciptaannya mengisahkan tentang lagenda Cik Siti Wan Kembang pada tahun 1955. Ia diterbitkan semula sekitar tahun 1980-an dalam majalah Gila-Gila dan Salina.

Sumber : Gempak/mstar

Continue Reading
Click to comment

Leave a Reply

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan.

Trending

    Tersilang akar ada tunasnya, Melingkar sabut kenal umbinya