Connect with us

#news

“Saya nak timang je” – Ibu nyaris hilang anak selepas nenek suap sedikit air masak, apa dilihat dalam imej x-ray amat mengejutkan

“ANAK saya hampir mati hanya sebab sedikit air masak.”

Demikian tulis seorang ibu berkongsi kisah nyaris ‘kehilangan’ bayinya.

Ini gara-gara diberi minum air masak yang mana ketika itu belum mencapai usia enam bulan.

Menerusi perkongsian di Facebook Mama dan Anak, Syafiqah Norsin Ahmad berkata, sehingga kini dia masih trauma apabila mengingati kembali detik cemas yang hampir meragut nyawa bayinya itu.

Mengimbas kembali insiden tersebut, wanita ini berkata ia berlaku ketika dia berada di rumah ibu mentuanya bagi menjalani proses berpantang selepas melahirkan anak bongsunya.

“Anak saya bukan jenis high demand. Langsung tidak.

Lepas lahir pun tak menangis, hari-hari biasa pun tak menangis. Just jenis suka minum susu badan.

“MIL (ibu mentua) asyik kata anak saya tak kenyang. Nak kena bagi makan minum ekstra.

Bagi nestum dan lain-lain. Dan saya bertegas, ia adalah salah. Alhamdulillah nampaknya macam mereka memahami.

“Satu hari, anak saya menangis. Pertama kali la kira dia menangis macam budak-budak lain. Dan tanpa kebenaran saya, dia disuap air masak.

“Saya memang nak tenangkan anak saya dulu tapi MIL nak saya makan dulu dan (dia) ambil anak.

“Saya nak timang je” – Ibu nyaris hilang anak selepas nenek suap sedikit air masak, apa dilihat dalam imej x-ray amat mengejutkan

Saya ingat nak dukung je, rupanya nak suap air masak. Sangat sikit je amaunnya,” tulisnya.

Perkongsian pengalaman seorang ibu yang hampir kehilangan anaknya hanya kerana air masak.

Sejak itu, bayinya sering muntah dan lebih membimbangkan, ia berlarutan sehingga hampir 20 hari.

Tidak sedap hati, wanita ini kemudian membawa bayinya mendapatkan rawatan di Klinik Kesihatan (KK) sebelum merujuk kes bayinya ke hospital.

“Sampai hospital besar terus dibuat x-ray. Dalam imej usus kosong.

Tak ada usus. Rupanya usus dah mengembang teruk, memang dah tak ada rupa usus.

“Kenapa lewat refer? Sebab dia aktif dan minum banyak macam biasa. Doktor pun tak nak refer sebab makan elok, aktif.

Tapi, dia dah projectiles (muntah) hampir 20 hari tanpa henti,” katanya lagi.

Bayi yang berusia enam bulan ke bawah hanya memerlukan susu ibu atau susu formula.

Tambah wanita tersebut, anaknnya terpaksa dibedah bagi mengelakkan kejadian yang lebih buruk berlaku.

“Masuk wayar ikut mulut, dia ditidurkan separa sedar.Puasa dari mula-mula rujuk pakar pagi tu sampai malamnya.

Ibu pun ikut prosedur untuk anak dibedah.

“Hanya sebab diberi sedikit yang sangat sedikit air masak. Sampai macam itu anak saya kena.

Saya cukup-cukup trauma. Anak saya hampir mati hanya sebab sedikit air masak.

“Fikir elok-elok sebelum nak ikut kata orang, orang tua, jiran, saudara mara. Berbicara dengan doktor anda. Ini pengalaman sebenar saya.

Setidak-tidaknya semua sahabat yang saya kasihi peka dengan perkara ini,” tulisnya lagi.

Sumber Asal mStar

Assalamualaikum. ANAK BERTARUNG NYAWA KERANA AIR MASAK. Mungkin ada y dah baca post isu pasal ni. Few dont. So, sy…

Gepostet von Cerita Rakyat am Dienstag, 2. Juni 2020

ANAK BERTARUNG NYAWA KERANA AIR MASAK.

Mungkin ada y dah baca post isu pasal ni. Few dont. So, sy up kan kat sini 1x lagi. This is my real experience. ( Dhuha Mardziah ). At least all my beloved friends aware about this.

Recently, banyak sy baca isu bagi air masak pada baby bawah 6 bulan. Lot of question, especially dari y 1st time jadi ibu.

Ada yang cakap Doktor pakar bagi izin untuk bagi anak minum air bawah 6 bulan. Untuk bilas susu, mulut, usus katanya. Pakar dari hospital swasta katanya.

Anak sy bukan jenis high demand. Not at all. Lepas lahir pun tak menangis, hari2 biasa pun tak nangis. Just jenis suka menetek.

Sy berpantang di rumah MIL la lebih kurang. MIL asyik kata anak sy tak kenyang. Nak kena bg makan minum extra.

Bagi nestum n such things. N sy insist, that is wrong. Alhamdulillah nampaknya macam mereka memahami.

1 day, anak sy menangis. 1st time la kira dia menangis macam budak2 lain. N tanpa kebenaran sy, dia disuap air masak.

Sy memang nak tenangkan anak sy dulu tapi MIL nak sy makan dulu dan ambil anak. Sy ingat nak dukung je, rupanya nak suap air masak. Sangat sikit je amauntnya.

Lepas saat tu, anak sy sering projectiles. Muntah y memancut. Mean, muntah y bahaya pada bayi. 20days berterusan macamtu.

Sampai Doktor kk refer pakar on the spot. Rupanya, sampai hospital besar n xray. Dalam imej usus 0. Takde usus. Rupanya usus dah ngembang teruk, memang dah takde rupa usus. Lebih kurang la.

Kenapa lewat refer? Sebab dia aktif dan minum banyak macam biasa. Doktor pun tak nak refer sebab makan elok, aktif. Tapi, dia dah projectiles for 20days non stop. Urgently refer masa tu.

That night, urgently nak operate. Masuk wayar ikut mulut, dia ditidurkan separa sedar.

Puasa dari mula2 refer pakar pagi tu sampai malamnya. Ibu pun ikut prosedur untuk anak dioperate.

Hanya sebab diberi sedikit yang sangat sedikit air masak. Sampai macamtu anak sy kena. Sy cukup2 trauma. Anak sy hampir mati hanya sebab sedikit air masak.

Think wisely sebelum nak ikut kata orang, orang tua, jiran, sedara mara. Talk to ur Doctors people.

TQ FOR READING.

Sumber : Syafiqah Norsin Ahmad

Continue Reading
Click to comment

Leave a Reply

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan.

Trending

    Tersilang akar ada tunasnya, Melingkar sabut kenal umbinya