Connect with us

#pop

“Saya percaya ade hati terjentik melihat keluarga ini melaungkan ayat al quran” – Video Taranum 5 Beradik Qariah Muda Ini Dipuji Ramai

Walaupun baru berusia 20 tahun tidak menjadi penghalang bagi Farhatul Fairuzah apabila dia menjadi Johan Majlis Tilawah dan Menghafaz Al-Quran Peringkat Antarabangsa Ke-61. Diatas kejayaannya itu, nama diatelah diangkat sebagai qariah muda berbakat tanahair. Bukan itu sahaja, Farhatul memiliki kemampuan menguasai tujuh bacaan tarannum dalam masa yang sama menjadi inspirasi kepada golongan millenium yang lain.

Bukan selalu dapat #tarannumChallenge dengan adik-beradik…tak sangka semua hebat belaka

Farhatul atau lebih mesra disapa Farha sering muncul dalam rancangan TV baru-baru ini. Selain itu, dia juga bijak menggunakan platform laman sosial apabila dia kongsikan ilmu berkaitan bacaan Al-Quran.

Terkini, Farha telah melakukan cabaran tarannum bersama kakak dan abangnya yang lain ketika beriadah di tepi pantai. Apa yang mengejutkan, rupanya kesemua adik beradik Farha memiliki kemampuan yang sama sepertinya. Abang dan kakaknya melafazkan ayat suci Al-Quran menerusi aplikasi dengan lancar dan merdu.

Alhamdulillah satu family terdidik dengan baik…sejuk perut ibu yang mengandung

Video berdurasi 3 minit lebih itu mendapat perhatian ramai bukan sahaja di laman sosial Instagram dan Twitter, malah mendapat pelbagai reaksi diberikan di ruangan komen daripada pengguna alam maya. Tidak kurang ada yang mencemburui akan kebolehan Farha dan adik-beradiknya, malah ada antara mereka juga memuji didikan agama yang diajar oleh Allahy4rham ayah serta ibu mereka.

m_shazwan – saya percaya akan ade hati yg terjentik bila melihat keluarga ini melaungkan ayat al quran…allahuakbar!!

sihati_berdarah – MashaAllah..Video mcm ni la ptut di viralkan ..dri vdeo yg merepek2..👏👏👏tahniah.alhamdulillah.smga kluarga kamu dikurniakn darjat yg tinggi serta dlm lindungan Rahmat Allah S.W.T Aamiin

mohainijalil – Alhamdulillah… Satu family terdidik dengan baik… Saya mencemburi kalian semua… Semoga saya satu hari nnti dpt membaca dengan lancar seperti kalian… Aamiin

mrs.meow_f4sh4 – masyaAllah 😍😍😍😍 riang baby sis dlm perut dgr… gerak² dia…

meisteramir – Masyaallah…kesemuanya handal bertarannum masyaallah…

sherry_saari – ❤️❤️❤️ Alhamdulillah.sejuk perut ibu mengandung anak2 semua suara sedap. Tahniah❤️❤️

nurazizahothman – alhamdulilah hebat adik2 beradik ustazah semua..hebat2 👍🏻😍

Sumber: IG Farhatulfairuzah

Continue Reading
Click to comment

Leave a Reply

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan.

Trending

    Tersilang akar ada tunasnya, Melingkar sabut kenal umbinya