Connect with us

#pop

“Saya sekadar hendak bergurau..” – Penebar Roti Canai Mohon Maaf Tak Sangka Penangan Lain Macam

Usahawan penebar roti canai di Temerloh Pahang meluahkan yang dia tiada niat untuk menipu selepas gambarnya tvlar di laman sosial kerana seiras seperti pelakon terkenal Bollywood, Shah Rukh Khan.

Pada mulanya, Syaiful Afenddi Ismail, 44 hanya berniat suka-suka mengubah wajah mukanya menggunakan aplikasi.

Namun, beliau tidak menyangka bahawa wajahnya yang diubah itu seiras macam Shah Rukh Khan sehinggakan gambar itu tvlar di laman sosial.

Sinar Harian menemui Syaiful, dan ini adalah luahannya:

“Saya tiada niat nak menipu…sekadar hendak bergurau dan selepas memilih wajah Shah Rukh Khan tidak sangka sesuai dan kena dengan wajah saya.

“Saya hanya kongsi gambar yang di edit itu di Facebook sejak kelmarin dengan niat bergurau.

“Pagi semalam, ada rakan memberitahu gambar saya itu sudah dikongsi pengguna Facebook dan sehingga hari ini lebih 1,000 perkongsian serta pelbagai reaksi, komen memenuhi Facebook saya,”

Antara gambar Syaiful seiras Shah Rukh Khan yang tular di laman sosial sejak semalam.

Syaiful merupakan ayah kepada lima anak berusia lingkungan 18 hingga 8 tahun.

Beliau juga aktif dalam aktiviti kemasyarakatan dan bertugas sebagai Ahli Jawatankuasa (AJK) Unit Promosi dan Media Korporat Masjid Temerloh Jaya.

Masjid tersebut juga terkenal dengan kehadiran jemaah terutama waktu solat Subuh.

Sewaktu ditanya akan reaksi keluarga Syaiful, beliau berkata bahawa keluarganya memahami akan tindakan dilakukan Syaiful tetapi isterinya, Siti Fatimah Abdullah 42, menegur perbuatannya.

“Selepas gambar saya tular, saya terima banyak menerima permintaan untuk menjadi kawan di Facebook dan majoritinya wanita malah ada dari Indonesia.

“Saya ingin meminta maaf kepada mereka yang merasa tertipu, tak sangka penangannya memang lain macam,” katanya.

Pengakuan dibuat oleh Syaiful selepas sesetengah pengguna alam maya memarahi tindakan dia selepas melihat wajah tanpa sebarang gubahan, Syaiful meluahkan rasa kesan dari hal ini kerana tidak sengaja telah mendedahkan aktiviti masjid yang dikongsikan menerusi laman sosial Facebook.

Sumber: Sinar Harian

Continue Reading
Click to comment

Leave a Reply

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan.

Trending

    Tersilang akar ada tunasnya, Melingkar sabut kenal umbinya