Connect with us

#pop

Tak Tahan Lihat To’ki Dicemuh Tak Jenguk Dan Beri Nafkah Pada Anak. Adik To’Ki Tampil Beri Penjelasan

Minggu lalu, To’ki yang merupakan penyanyi legenda pada era 90-an dan kini menghuni di sebuah pondok usang menarik perhatian masyrakat di tanah air.

Beberapa hari selepas itu, tular satu kenyataan dari anak mendakwa bahawa To’ki mengabaikan tanggungjawabnya sebagai ayah ketika dia dan adik-beradik yang lain masih kecil.

Mengetahui akan perkara tersebut, adik kepada penyanyi legenda itu kini tampil untuk mempertahankan maruah To’ki. Beliau mengulas walaupun To’ki berjauhan dengan anak-anaknya, To’ki tidak pernah sesekali membenci anak-anaknya itu.

Habibah Mansur, adik To’ki yang berusia 44 tahun itu mengatakan faktor ekonomi dan kehidupan To’ki yang sedikit kucar-kacir pada waktu itu menjadikan perkara sebegini terjadi.

Sebelum ini, anak kedua kepada To’ki iaitu Noor Hidayah Mohd Zaki berusia 27 tahun mend4kwa di media bahawa kali terakhir To’ki bersemuka dengannya pada waktu dia bernikah empat tahun lalu dimana To’ki menjadi wali nikahnya.

Menurut Hidayah, ketika To’ki menjadi wali nikahnya, itu merupakan kali pertama dia menatap wajah ayahnya sejak To’ki dan ibunya (bekas isteri) memutuskan untuk berpisah 16 tahun yang lalu.

Perlu Bijak Sebagai Orang Tengah

Mengulas krisis membabitkan abang dan anak-anaknya, Habibah mengatakan bahawa dia berada di tengah-tengah dan perlu bijak memainkan peranannya agar tiada yang kecil hati kerana masalah ini melibatkan abang dan anak-anak abangnya.

” Yaya (panggilan untuk Hidayah) anak saudara saya dan To’ki pula bapa kandungnya. Apabila orang bertanyakan kasih sayang To’ki terhadap anak-anaknya, saya tak nafikan kerana saya pernah tinggal bersamanya selepas tamat SPM.”

” Saya tahu bagaimana dia melayan anak-anaknya. Dia jarang tinggikan suara terhadap anak-anak. Tapi mungkin keadaan yang berlaku itu buat anaknya terasa. Masing-masing ada buat silap dan Yaya sebagai anak berhak untuk terasa. Mungkin pada dia bapanya mengabaikannya.”

” Namun, sebenarnya setiap kali To’ki datang jumpa saya, dia selalu ajak saya berjumpa Yaya,” ujar Habibah.

Sewaktu Habibah sedang bekerja di pejabat, To’ki menghubungi dan menunggu di depan rumahnya hanya untuk Habibah membawa dia berjumpa anaknya, Yaya.

” Saya tak dapat ikut kehendak To’ki kerana menghorm@ti pendirian anak-anak saudara saya yang tak mahu berjumpa bapanya.”

” Yaya juga pernah meluahkan perasaannya berkenaan bapanya. Begitu juga abangnya, Hafizi dan saya tak salahkan mereka.”

” To’ki tak pernah marahkan mereka, malah dia selalu minta nombor telefon anak-anaknya daripada saya. Namun, saya pegang amanah dan hormat permintaan mereka.”

” Saya ada nasihatkan Yaya, baik atau buruk seorang ayah, itu tetap ayah kita. Kalau kita tak jaga rahsia keluarga kita, orang lain akan ambil kesempatan.”

Habibah mendoakan supaya anak-anak saudaranya mempunyai kekuatan dan kelembutan untuk memaafkan To’ki, bapa mereka. Dalam waktu yang sama, To’ki juga berusaha mendekatkan diri dengan anak-anaknya.

” Dia pernah bercerita mengenai kesed1hannya apabila anak-anak enggan jumpa. Saya faham hati dan perasaan abang saya.”

” To’ki dengan kak long (bekas isterinya) okey tapi kita kena hormat perasaan anak-anaknya. Kalau tak salah mereka berc3rai ketika Yaya berusia 10 tahun.”

“Benda sebenarnya boleh selesai tapi disebabkan ada yang ambil kesempatan, ia jadi besar tapi saya tak marahkan Yaya,” ujar Habibah.

Habibah mengulas lagi, To’ki mempunyai anak perempuan diberi nama Nur Nilam Qaseh. Anak itu hasil dengan bekas isteri keduanya. Kini, Nilam Qaseh dijaga elok oleh bekas isterinya itu.

Apapun kami warga maya mendoakan semoga segalanya dipermudahkan dan To’ki sekeluarga dapat berbaik-baik semula. Tiada yang sempurna dan kemaafan itu lagi tinggi nilainya dari ego.

Sumber: Asia Kini

Continue Reading

Trending

    Tersilang akar ada tunasnya, Melingkar sabut kenal umbinya