Connect with us

#pop

“Saya terancam, mungkin dibvnuh” – Peniaga burger tular rakam aktiviti haram di Sg Buloh

KUALA LUMPUR: Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador memberi jaminan tindakan segera akan diambil bagi membanteras kegiatan mesin judi, penjualan rokok seludup dan aktiviti perniagaan haram warga asing di kawasan Sungai Buloh.

Sambil berterima kasih kepada individu yang mendedahkan kegiatan terbabit menerusi satu video yang tular semalam, beliau berkata, tindakan tegas pasti diambil termasuk terhadap mereka yang bersekongkol dalam aktiviti jenayah itu.

Abdul Hamid menegaskan, Bukit Aman sudah memulakan tindakan sebaik pendedahan mengenai kegiatan itu dibuat menerusi video oleh seorang peniaga, dipercayai penjual burger di kawasan Sungai Buloh.

“Bagus ada pihak yang berani dan ikhlas mendedahkan situasi sebenar di lapangan dan kita bertindak segera ke atas semua kegiatan yang salah ini,” katanya ketika dihubungi BH, hari ini.

“Saya terancam” – Peniaga burger tular rakam aktiviti haram di Sg Buloh

“Bismillah.. penjelasan saya selepas sidang Media ketua polis daerah Sungai Buloh… saya amat amat mengharap sokongan tuan2 semua.

“Saya dah bagi maklumat,video dari bulan may 2020, tetapi tiada sebarang tindakan, tuan2 nak saya mengadu kat bahagian mana lagi?peringkat daerah? Peringat negeri? Peringkat Bukit Aman? Saya sedar nyawa saya terancam, saya harapsesuatu perlu dilakukan dengan lebih tegas

Mungkin akan dibvnuh

“Bismillah… dengan pendedahan ini saya mungkin akan di bunuh… jika saya mati dibunuh saya harap tuan2 tahu siapa punya angkara… mari saya tunjukkan bagaimana MBSA pilih bulu, anda nilai lah sendiri intergriti ketua MBSA Cawangan Sungai Buluh.

” Bismillah… MBSA cawangan Sungai Buloh angkut stall lagi … pilih bulu antara peniaga tempatan dan peniaga asing, peniaga asing jarak hanya 50 meter,dirikan khemah,jual rokok seludup,kedai mesin judi bersepah keliling pejabat MBSA Sungai Buloh langsung tidak diusik.. harap bahagian integriti mbsa , boleh buat siasatan terhadap ketua kawasan MBSA cawangan Sungai Buloh… saya akan ke Sprm

“Nanti saya akan kongsikan video .. saya harap ketua polis negara dapat membuktikan pangkat dan kuasa yang Allah pinjamkan digunakan dengan penuh amanah dan berani…

TEMUBUAL EKSKLUSIF"Saya terancam" – Peniaga burger tular rakam aktiviti haram di Sg Buloh.

Gepostet von Malakat Tribune am Sonntag, 9. August 2020

Sebelum ini Dua video yang tular menerusi laman sosial Facebook atas nama akaun Hot Burger Malaysia semalam, mendedahkan mengenai kegiatan premis mesin judi dan aktiviti penjualan rokok seludup dan operasi perniagaan haram dalam kalangan warga asing.

Satu video berdurasi 13.28 saat sudah ditonton oleh 3.6 juta orang selepas 18 jam disiarkan, satu lagi video berdurasi 8.29 saat ditonton oleh 1.4 juta penonton.

Rata-rata netizan memuji tindakan berani penjual buger ini

“Bagus tindakkan berani yang harus dipuji bukti dah ada tak payah takut dan gentar. PPIM tolonglah saudara kita yang mengalami kesusahan ketika ini. Semoga di permudahkan segala urusan.

” Betul kedai rokok seludup tu dah bertahun, saya pindah sini pun dah 4 thn kdai tetap operasi macam biasa, geng2 dia tepi goreng pisang berhadapan kfc bandar baru sg buloh, satu lgi Dpn rumah org lorong 1A/5, tepi kedai Asam pedas stor acah jual sabun itu pun ada… Smua jual rokok seludup

“Sahabat mari support hot burger . Yg baik kita sokong
Insyaallah brother ni di pelihara dan dipermudahkan
Mohon pdrm dan sprm ambil tindakan sewajar nyer.RASUAH perosak negara!

” Semoga usaha abg asri ni diberkati Allah swt.Pihak berkuasa selalu mintak rakyat bersama dgn mereka..tp bila rakyat dh meluat nanti dan tak mau kerjasama jgn amik hati..

Continue Reading
Click to comment

Leave a Reply

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan.

Trending

    Tersilang akar ada tunasnya, Melingkar sabut kenal umbinya