Demam tak kebah hampir seminggu, Azizan Khalid bekas anggota Rabbani dijemput Ilahi.

Sumber: hm

Petaling Jaya: Bekas anggota kumpulan nasyid Rabbani, Azizan Khalid, 46, meninggal dunia di Pusat Perubatan Universiti Malaysia (PPUM), di sini, jam 10 pagi semalam.

Ketua kumpulan Rabbani, Azadan Abdul Aziz, 48, berkata, Allahyarham sepatutnya menerima keputusan hasil ujian saringan ᴄᴏᴠɪᴅ-19 hari ini, tetapi pagi semalam dia mengalami sesak nafas dan dikejarkan ke hospital.

ᴅᴇᴍᴀᴍ ᴛᴀᴋ ᴋᴇʙᴀʜ ʜᴀᴍᴘɪʀ sᴇᴍɪɴɢɢᴜ, ᴀᴢɪᴢᴀɴ ᴋʜᴀʟɪᴅ ʙᴇᴋᴀs ᴀɴɢɢᴏᴛᴀ ʀᴀʙʙᴀɴɪ ᴅɪᴊᴇᴍᴘᴜᴛ ɪʟᴀʜɪ.

“Semalam isteri arwah memaklumkan Azizan tiba-tiba mengalami sesak nfas selepas sarapan kira-kira jam 8.30 pagi dan dikejarkan ke hospital dengan ambulans. Namun, dalam jam 10 pagi, dia disahkan meninggal dunia.

“Sebenarnya dia mengalami demam hampir seminggu dan tidak kebah-kebah. Jadi, kelmarin dia pergi melakukan ujian calitan ᴄᴏᴠɪᴅ-19 dan diberikan gelang merah jambu untuk menjalani kuarantin di rumah.

“Sekarang doktor belum lepaskan jenazah sebab nak buat bedah siasat untuk tahu punca kematian sama ada disebabkan serangan jantung atau ᴄᴏᴠɪᴅ-19, ” katanya.

Menurut Azadan, sekiranya Allahyarham bebas jangkitan ᴄᴏᴠɪᴅ-19, pihak keluarga boleh bersama menguruskan jenazahnya.

“Pihak hospital maklumkan kalau Allahyarham meninggal dunia disebabkan ᴄᴏᴠɪᴅ-19, mereka akan uruskan majlis pengebumian. Namun, jika meninggal dunia akibat serangan jantung, wakil ahli keluarga dibenarkan untuk sama-sama uruskan jenazah,” katanya.

ᴅᴇᴍᴀᴍ ᴛᴀᴋ ᴋᴇʙᴀʜ ʜᴀᴍᴘɪʀ sᴇᴍɪɴɢɢᴜ, ᴀᴢɪᴢᴀɴ ᴋʜᴀʟɪᴅ ʙᴇᴋᴀs ᴀɴɢɢᴏᴛᴀ ʀᴀʙʙᴀɴɪ ᴅɪᴊᴇᴍᴘᴜᴛ ɪʟᴀʜɪ.

Azadan berkata, sepanjang 30 tahun mengenali arwah, dia memang tidak menghidap sebarang penyakit serius dan seorang yang sentiasa ceria.

Difahamkan, jenazah Azizan akan dikebumikan di kampung halamannya di Behrang, Perak.

Allahyarham mninggalkan seorang isteri dan seorang anak perempuan.

Azizan menyertai Rabbani yang popular dengan lagu lntifada dan Pergi Tak Kembali pada 1997 sebelum meninggalkan kumpulan nasyid itu pada 2001.

ᴅᴇᴍᴀᴍ ᴛᴀᴋ ᴋᴇʙᴀʜ ʜᴀᴍᴘɪʀ sᴇᴍɪɴɢɢᴜ, ᴀᴢɪᴢᴀɴ ᴋʜᴀʟɪᴅ ʙᴇᴋᴀs ᴀɴɢɢᴏᴛᴀ ʀᴀʙʙᴀɴɪ ᴅɪᴊᴇᴍᴘᴜᴛ ɪʟᴀʜɪ.

 

Check Also

(VIDEO) Pecah Perut Penonton! Cat, Jihan, Danial Buat Parodi Vida-Iqbal

Kisah cinta antara Dato’ Seri Vida dan pasanganya, Iqbal menjadi tumpuan peminat industri hiburan tanah air. Perbualan …

Leave a Reply

Your email address will not be published.