Connect with us

#pop

Seb4k Lihat Pakcik Jual Jagung Dik4sari Penguatkuasa, Ebit Lew Tampil Hulur Bantuan

Satu rakaman video tvlar dimana seorang pakcik telah dig4nggu perniagaannya oleh Majlis Pembandaran Selayang (MPS) kerana berniaga tanpa lesen. Lebih menyed1hkan apabila pakcik tersebut rabun 90 peratus penglihatan tak nampak. Video itu mendapat berbagai reaksi dari warga alam maya termasuklah Ustaz Ebit Lew.

Pendakwah bebas itu berasa sed1h dan simp4ti atas dug4an yang dihadapi oleh pakcik itu dan sekeluarga. Pakcik itu disahkan menghidap penyakit Retin1tis P1gment0sa dimana penglihatannya kabur.

Beberapa jam yang lalu, Ustaz Ebit memuatnaik status di akaun laman sosial Facebook, meluahkan perasaannya berkenaan dengan pakcik itu.

Berikut adalah nukilan Ustaz Ebit Lew:

Sedih sangat rasa. Semalam tengok video pakcik ini tengah berniaga jagung di selayang. Pakcik rabun 90 peratus penglihatan tak nampak. Cuma 10 peratus tinggal. Nampak bayang jer.

Muka semua dah takleh nampak. Kasihan rasanya. Berniaga jagung disitu dah 5 tahun. Dari dulu ini jer kerjanya cuma di tempat lain. Anak semua masih sekolah. 5 masih belajar lagi. Semua rajin-rajin. 2 orang di universiti. Ada anaknya yang cuti sekolah bawa food panda.

Pakcik ni sehari dapat rm50 jika habis jagungnya. Dalam seminggu dah 3 kali semua jagung kena rampas. Yerlah berniaga disitu salah sebab tiada lesen. Tapi saya rasa kasihan padanya. Baik pakcik ni.

Saya tak salahkan sesiapa cuma terfikir macam mana nak bantu pakcik ini. Dengan rendah diri saya merayu MPS dapat membantu pakcik ini.

Segala pertolongan kepada pakcik ini saya dahulukan ucapan terima kasih. Rezeki dan ujian masing-masing. Kita sebagai saudara tugas membantu mereka. Saya hadiahkan rm1ribu dan tanya jika perlu bantuan apa-apa. Pakcik ni sebak dan tak ingin yang lain-lain.

Pakcik ini dan isteri berniaga buah sikit jer tepi jalan. Mereka kenal saya. Selalu tengok video dan ceramah saya. Katanya dapat jumpa ustaz dah bahagia. Mereka tak nak apa-apa. Gembira rasa. Pelukan dengan tangisan sebak. Bila saya tanya apa saya boleh bantu. Pakcik ni taknak apa-apa dari saya.

Sabarlah pakcik. Saya doakan Allah mudahkan rezeki pakcik makcik dan anak-anak. Semoga anak semua jadi anak yang baik dan hebat-ebitlew

Sebak Lihat Pakcik Jual Jagung Dikasari Penguatkuasa, Ebit Lew Tampil Hulur Bantuan

Ya Allah, Kau permudahkanlah urusan pakcik ini dan keluarganya, Aamin.

Apa kata anda?

Sumber: FB ebit lew

Continue Reading
Click to comment

Leave a Reply

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan.

Trending

    Tersilang akar ada tunasnya, Melingkar sabut kenal umbinya