Sebentar tadi, Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mengumumkan bahawa Perintah Kawalan Pergerakan akan dilanjutkan sehingga 14 April 2020.
Hal ini berikutan wabak Covid-19 yang dilihat semakin menular di Malaysia.
[LIVE] Perutusan khas oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.#BHTV#METROTV#NSTTV
Gepostet von Harian Metro am Dienstag, 24. März 2020
Beberapa inisiatif untuk bantu rakyat
Pada hari ini sahaja seratus lebih kes baharu Covid-19 telah direkodkan dengan 17 kematian. Dalam perutusan tersebut juga, PM telah memaklumkan beberapa inisiatif kerajaan untuk membantu rakyat dalam menghadapi situasi sukar ini.
Dalam pada itu, penangguhan bayaran untuk sesetengah pinjaman turut diberikan bagi memastikan rakyat tidak terbeban sepanajang Perintah Kawalan pergerakan.
-Lebih 95% rakyat Malaysia mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan. -Tempoh Perintah Kawalan Pergerakan dilanjutkan sehingga 14 April 2020. – YAB Perdana Menteri, Tan Sri Dato' Muhyiddin Yassin.
Gepostet von KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA am Dienstag, 24. März 2020
Sumber : kkm, harian Metro