Vdeo Tersebut Dah Pun Viral, Khir Rahman Pula Tampil Meminta Maaf Dan Mengakui Perkara Begitu Tak Patut Terjadi

” Saya mohon agar penyebaran vdeo itu dihentikan serta merta..”

Inilah kenyataan dari penerbit dan pengacara program Rumah No 107, Khir Rahman yang meminta maaf kepada Raja Farah dan suaminya.

Menurut Khir, dia bersyukur kerana pelakon berkenaan dan suaminya mempunyai hati yang sangat mulia untuk memaafkan keterInjurannya.

” Justeru saya ingin sekali lagi memohon maaf pada Raja Farah dan seluruh keluarganya. Bahawa saya menjadi ‘sauh’ dalam program ini bukan untuk membuka a1b sesiapa.

” Sedikit pencerahan, sebagai ‘sauh’, tugas saya dan beberapa teman mengacara adalah untuk mencungkil cerita yang belum pernah diceritakan oleh tetamu di platform lain (rancangan lain).

” Ada masa berjaya dicungkil, dan ada masa tidak. Kebanyakan tetamu sangat ‘sporting’ dan memberi kerjasama yang baik,” katanya.

Khir menerusi hantaran di Instagram berkata, dia percaya mereka yang pernah menonton rancangan itu sangat menghargai keterbukaan tetamu dalam berkongsi cerita.

” Kita ketawa dan menangis bersama menontonnya. Oleh kerana itu saya juga percaya semua pihak bersetuju untuk merakam terlebih dahulu dan bukan dibuat secara langsung.

” Tujuannya supaya ada bahagian keterInjuran kata-kata yang boleh ditapis. Saya secara peribadi, sebagai pengkarya Muslim, tak mungkin akan memperIekeh atau meraikan isu yang diperbualkan.

” Maksud saya berkenaan babak-babak 18sg/sx dalam pengkaryaan seorang Muslim. Secara peribadi juga, saya mohon agar penyebaran vdeo itu dihentikan serta merta.

” Saya tak pasti kalau ada pihak yang tidak berpuashati pada mana-mana pihak. Namun, penularan vdeo berkenaan mesti dihentikan segera. Ada keterInjuran dan maruah yang perlu kita sama-sama jaga.

” Sepengetahuan saya, kebanyakan tetamu berkongsi kisah nakal dan a1b mereka demi menjadi pengajaran buat masyarakat (mengapa yang ini diviralkan),” katanya.

Terdahulu pelakon Fauzi Nawawi dikec4m warganet berikutan pengakuan menyukai wataknya sebagai perog#l.

Dia menceritakan secara terperinci lakonannya dalam sebuah adegan ‘panas’ bersama Raja Farah dalam filem Anak Halal. Babak itu bagaimanapun dibuang atas permintaan keluarga Raja Farah.

Fauzi dalam kenyataannya mendakwa, selepas habis rakaman dia tersedar ada perkara yang patut ditapis serta meminta penerbit dan produksi supaya tidak ditayangkan.

Ia kemudian menjadi tular apabila rakaman program berkenaan disiarkan di kaca TV sebelum dimuat naik di Twitter.

” Apa pun saya mengaku memang salah saya, saya jahil, saya tidak baik dan sedang memperbaiki diri untuk menjadi lebih baik. Buat mereka yang amat sensitif dan terkesan kerana vdeo tersebut, suami Raja Farah, saya mohon maaf dari hujung rambut sehingga hujung kaki.

” Memang saya tiada niat langsung untuk memaIukan sesiapa, kepada Raja Farah dan keluarganya, saya minta maaf,” kata Fauzi dalam nada kesal.

Dalam pada itu, Fauzi yang juga suami kepada aktres Lisdawati menerima kec4man netizen dengan hati yang terbuka dan berharap isu tular tersebut tidak lagi dipanjangkan mana-mana pihak selepas ini.

” Saya tidak mahu lagi perkara ini dipanjangkan. Kepada netizen yang amat prihatin terhadap perkara ini sampai sanggup m4ki saya, ibu, keluarga dan anak-anak saya, saya maafkan.

” Saya anggap anda semua terlalu prihatin dan sayangkan saya, sebab itu sanggup m4ki saya. Saya berterima kasih kepada mereka yang mengingatkan dan menegur kesiIapan saya sama ada secara baik atau kasar, terima kasih, saya terima dengan rela hati,” ucapnya.

Tambah pelakon filem Munafik 2 itu, selepas sesi rakaman program yang berlangsung pada tahun lalu itu, dia sendiri telah menyedari kesiIapannya dan memohon pihak penerbit serta produksi menyunting bahagian yang sensitif.

” Habis sahaja rakaman, saya sudah minta pihak penerbit dan produksi untuk potong yang mana sens1tif. Semasa kami bersembang antara lelaki memang saya salah apabila tidak mengawal dan terlepas cakap nama Raja Farah.

” Bila terlepas cakap habis rakaman saya tersedar bahawa ada benda yang patut dipotong. Tetapi malangnya, program itu pun sudah ditayangkan dua kali, tidak tahu pula hari ini ditularkan semula di Twitter,” kata Fauzi.

Sementara Raja Farah dan suaminya, Iskandar Ismail yang menyifatkan isu berkenaan sangat memaIukan. Mereka turut member respons dalam sebuah vdeo yang dimuat naik dalam Instagram pelakon itu semalam.

Menurut suaminya, rakaman yang disiarkan dalam televisyen tersebut kemudian ditularkan adalah salah dari setiap sudut kerana tidak menjaga a1b dan kehormatan wanita.

” Saya faham dia hendak cerita tentang karya seni dan bagaimana realistik pengalaman berlakon, kami faham kerana isteri saya pun berlatar belakang anak seni.

” Namun, untuk menamakan secara spesifik lagi pula tentang adegan yang saya rasa tidak patut dinyatakan demikian kerana itu tentang a1b dan kerhormatan wanita,” kata Iskandar.

Jelas Iskandar lagi, perkara tersebut adalah salah dan tidak sesuai dari sudut budaya dan agama, apatah lagi wanita yang diceritakan itu telah berkahwin.

Sebagai seorang suami, Iskandar berasakan isu viral tersebut memaIukan dan individu yang bercakap mengenainya umpama orang yang jahil.

Hal ini kerana, individu tersebut tidak mungkin mengungkap perkataan sedemikian terhadap ahli keluarganya sendiri.

” Kami tidak berharap permohonan maaf daripada orang yang berkata itu cuma, kami tidak mahu perkara ini menjadi ftnah dan berpanjangan.

” Kami mahu tutup isu ini dan berharap orang yang bercakap itu mungkin terlepas cakap, jahiI atau teruja ketika bercerita.

” Mungkin sekarang dia berasa sesal dengan apa yang diucapkan. Jadi, kita berlapang dada dengan hal ini,” ujar Iskandar.

Sumber:k0smo dan hmetr0

Check Also

Dah Tahu Miskiin Beranaak Setiap Tahun Kenapa. Kata-kata Hiina Seorang Guru dan Kawan Sekelas Buatkan Beliau Buktikan Anak Petani Pun Serba Boleh

Bukan semua orang bertuah seperti kita. Tinggal di rumah yang selesa, ada ibu bapa yang …

Leave a Reply

Your email address will not be published.