Connect with us

#celeb

“Sebelah Tinggi Sebelah Rendah” Tok Ram Tunjuk Hasil Potong Rambut Sendiri!

Published

on

Maestro muzik tersohor, Datuk Ramli MS berkongsi sebuah video menunjukkan hasil dia memotong rambutnya sendiri.

Perkongsian itu dibuat menerusi sebuah entri di akaun Instagram miliknya malam tadi.

Menurut Ramli yang mesra disapa Tok Ram itu, dia membuat keputusan untuk memotong rambutnya sendiri memandangkan tiada kedai gunting rambut yang dibuka ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sedang dilaksanakan.

“Bila kedai mamak gunting rambut pun tutup, buat sendiri lah, lepas tu salah potong.

“Aaahh telengkupkan semua lah..hahaha…sebelah tinggi sebelah rendah, kira seni lah,” tulisnya sebagai kapsyen.

Perkongsian itu mendapat perhatian dari para pengikut Tok Ram di ruangan komen.

Rata-rata mereka terhibur melihat gelagat suami kepada penyanyi Datin Alyah itu.

“Steady datuk…Handsome lagi tu!

“Ini baru Castello Tok.

“Adui cute lah datuk,” tulis netizen.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by ramli mohamed salleh (@tokram_ramlims) on

Sebagai rakyat Malaysia, mari kita sama-sama bersikap pos1tif dalam mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan dari pihak kerajaan untuk menghentikan penularan wab4k COV1D-19 dengan segera.

Apapun, pastikan anda selalu mencuci tangan menggunakan sabun selama sekurang-kurangnya 20 saat, pakai topeng muka ketika perlu, gunakan ‘sanitizer’, amalkan penjarakkan sosial serta lakukan semua perkara yang boleh mencegah COV1D-19!

Continue Reading

Trending

Shares