Connect with us

#pop

“Sedih Tidak Lagi Makan Bersama Tapi Tak Mengapa..” – Ini Reaksi Netizen Bila Sugu Pavithra Buat Comeback!

Diam bukan bererti menghilang, itulah kata-kata paling sesuai buat pasangan Youtuber yang menjadi bualan hangat netizen di Malaysia, Sugu Pavithra.

Pasangan itu memutuskan untuk kembali semula memuat naik video masakan mereka yang unik.

Dilihat melalui video tersebut, Pavithra seperti sediakala mengajar dan kongsikan resipi terbaru masakannya yang unik iaitu Dalca Tulang Kambing.

Pada hari ini, jumlah orang menonton video Sugu Pavithra telah mencecah 427,356 tontonan.

Sempena AidilAdha yang jatuh pada hari Jumaat ini, mereka berhasrat untuk memasak juadah rendang ayam.

Hal ini kerana, ianya merupakan antara menu wajib sewaktu perayaan tersebut.

Menjengah ke ruangan komen video yang dimuat naik Pavithra semalam, kebanyakannya berkongsi kata-kata semangat dan mendoakan agar dia sentiasa kuat dan lebih berinspirasi untuk merekodkan video memasak pada masa akan datang.

Namun, ada juga yang melemparkan komen berbentuk kekecewaan kerana babak makan bersama di pengakhiran video kini tiada lagi.

“Selamat kembali sister, abaikan komen yang n3gatif” kata seorang pengguna YouTube.

“Setiap orang ada kekurangannya, tak mengapa teruskan ke depan dan move on! sed1h tiada lagi babak makan bersama seperti video sebelumnya,” kata seorang lagi pengguna YouTube.

Untuk pengetahuan netizen, Sabtu lepas, pasangan Sugu Pavithra telah memadam keseluruh 98 video di akaun Youtube mereka yang dimuat naik semenjak Januari 2020.

Ianya dipercayai berpunca apabila suami, M. Sugu didakwa Mahkamah Seksyen kerana memiliki s3njata berb4haya dan menc3derakan isterinya menggunakan telefon bimbit dan hulu sabit pada tanggal 21 Julai lalu.

Tetapi, Pavithra memaafkan kelakuan dan perbuatan suaminya itu.

Kini, akaun Youtube Sugu Pavithra memiliki seramai 797,000 pengikut.

Semoga Sugu Pavithra diberi ketenangan dan kekuatan menghadapi dugaan dan cabaran yang akan datang.

Netizen di negara ini akan selalu menyokong video-video dari mereka.

Sumber: Gempak

Continue Reading
Click to comment

Leave a Reply

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan.

Trending