Connect with us

#news

Sejak tahun lalu tak makan nasi, Zulin Aziz makin ramping & susüt

Posting terkini di Instagram milik artis popular serba boleh, Zulin Aziz menarik perhatian peminat dan pengikutnya apabila dikatakan nampak langsing.

Menerusi laporan BH Online, Zulin atau nama sebenar Farah Azleenda Abdul Aziz berkata beliau telah kehilangan berat badan sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan pada Mac lalu.

“Saya tidak makan nasi sejak tahun lalu. Apabila tiba waktu berbuka, saya hanya menjamah buah kurma dan minum air.

“Beberapa minit lepas berbuka baru saya ambil dan makan lauk. Sahur pula hanya makan pisang,” katanya yang sekian lama menghadapi masalah berat badan.

 

View this post on Instagram

 

Tak sabar nak share dengan korang koleksi tudung terbaru dari @dmagiafashion_official ❤️

A post shared by زولين عزيز (@zulinaziz) on

Di samping itu, selebriti berusia 30 tahun itu mengakui sedang mengamalkan sejenis minuman dimana dirinya turut menjadi testimoni kepada produk tersebut.

“Nanti saya share yaa? Nak turun lg 5kg. Bagi saya berjaya betul2 dlu dok testimoni diri sendiri ni.”

“Ketika mula mengambilnya, berat badan saya 85 kilogram. Selepas mengamalkannya, berat menyusut kepada 70 kilogram dan sekarang 60 kilogram,” ujarnya.

Selain itu, beliau juga menepis dakwaan tubuhnya menyusut kerana ‘makan hati’ akibat kisah percintaan yang tidak kesampaian dua tahun lalu sebaliknya adalah untuk kepuasan sendiri.

 

View this post on Instagram

 

Lens : Eyda X Nora Danish @beautybyeydaa Bawal : @naelofar @neelofa Lip matte : @youngandglow_hq code single

A post shared by زولين عزيز (@zulinaziz) on

Sementara itu, Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi membendung penularan wabak COVID-19 bukanlah bebanan buat Zulin sebagai anak seni.

Ini kerana, kata Zulin, dia sudah biasa dengan konsep bekerja dari rumah.

“Sebelüm ini, sayä lakukän banyak kerja dari rumah seperti hasilkan program masakan bersama jenama terkemuka. Saya turut diminta menyumbangkan video untuk sebuah portal. Alhamdülillah, rezeki tetap ada,” kata pelakon filem Rembat ini.

Dalam pada itu, Zulin mengaku menerima mesej peribadi daripada peminat yang memohon bantuan berikutan terbeban dengan situasi sekarang.

“Saya tidakläh sampäi menyediakan peruntukan tertentu tetapi saya membantu mereka sewajarnya,” katanya.

Sumber : Zaidi Mohamad (BH Online)

Continue Reading

Trending

    Tersilang akar ada tunasnya, Melingkar sabut kenal umbinya