Sekᴏlah Akan Dibuka, Tak Perlu Tunggu Semua Divɑksin, Riꜱikᴏ Jɑngkitɑn Rendɑh – Pakar

KUALA LUMPUR: Pembukaan semula sesi persekolahan secara berperingkat bermula 1 September ini perlu diteliti secara menyeluruh dan tidak perlu ditangguh sehingga semua pelajar divaksin.

Namun begitu, Pakar Perubatan Kesihatan Awam, Prof Datuk Dr Syed Mohamed Aljunid Syed Junid berpendapat, sebaiknya adalah memastikan semua guru dan kakitangan sudah menerima vaksin yang lengkap sebelum sesi persekolahan bermula.

“Apa yang perlu dipastikan ialah guru-guru dan kakitangan sekolah lengkap divaksin, dan saya lihat proses itu sudah berjalan sekarang dengan lancar ketika ini.

“Tetapi bagi kes remaja atau kanak-kanak yang mempunyai masalah kesihatan atau obesiti, perlu diberi perhatian dan mungkin mereka perlu divaksin sebelum kembali ke sekolah. Tetapi bagi pelajar lain, tidak perlulah tunggu semua divaksin barulah sekolah dibuka,” katanya kepada Astro AWANI.

Dr Syed Mohamed Aljunid juga menegaskan perkara ini perlu dinilai dengan teliti terutama sekali kerana Malaysia sebagai sebuah negara membangun, turut berdepan dengan risiko kekurangan bekalan vaksin.

“Kerajaan sudah umumkan akan menilai kemungkinan mewajibkan vaksin, jadi pemberian vaksin kepada remaja dan kanak-kanak perlu dilihat bagi memastikan tiada isu bekalan vaksin tidak mencukupi

“Tetapi saya lihat banyak usaha dijalankan ketika ini untuk dapatkan vaksin khususnya kerjasama dengan China untuk vaksin Sinovac.

“Selain bekalan, faktor proses pemberian vaksin kepada remaja dan kanak-kanak juga perlu dinilai sewajarnya,” ujarnya.

Beliau juga memahami kebimbangan ibu bapa namun dalam masa yang sama melihat manfaat untuk anak-anak apabila kembali ke sekolah.

“Anak-anak perlu kembali ke sekolah kerana pembelajaran di sekolah penting untuk perkembangan minda mereka.

“Kita faham kebimbangan itu tetapi ibu bapa perlu faham yang risiko untuk berlaku jangkitan dalam kalangan pelajar adalah rendah. Dan jika ibu bapa sendiri sudah divaksin, itu lebih mengurangkan lagi risiko.

“Manfaat pembelajaran di sekolah jauh lebih tinggi daripada risiko jangkitan,” katanya lagi.

Walaubagaimanapun, Kementerian Pendidikan (KPM) memutuskan pembukaan sesi persekolahan bersemuka pada 3 Oktober depan berbanding 1 September yang ditetapkan sebelum ini.

Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr Radzi Jidin berkata, pembukaan akan dibuat secara berperingkat bermula dengan kelas membabitkan peperiksaan, dengan perincian mengikut fasa Pelan Pemulihan Negara (PPN) akan dimaklumkan dalam masa terdekat.

Katanya, berdasarkan prosedur operasi standard (SOP) Majlis Keselamatan Negara (MKN), tidak ada sekolah yang akan dibuka untuk negeri fasa satu PPN.

“Saya amat berharap penjelasan ini dapat meredakan kebimbangan dalam kalangan ibu bapa mengenai pembukaan semula sekolah.

“Percayalah dalam setiap keputusan yang kami ambil untuk membuka sekolah, keselamatan anak-anak kita sentiasa menjadi keutamaan,” katanya dalam kenyataan menerusi video hari ini.

Namun begitu, katanya kementerian sedar ramai ibu bapa yang ingin melihat anak-anak mereka dapat belajar secara bersemuka di sekolah dengan guru-guru dan dapat bermain dengan rakan-rakan mereka.

“Saya bagi pihak KPM memohon jasa baik semua agar terus memberi kepercayaan kepada kami untuk kita dapat bersama melakukan yang terbaik demi untuk generasi pewaris negara kita.

“Dengan kerjasama erat antara KPM dan ibu bapa serta seluruh masyarakat, kita yakin pembukaan sekolah nanti dapat berlangsung dalam keadaan lancar dan selamat,” katanya.

Beliau berkata, setakat ini juga, jumlah guru yang sudah menerima sekurang-kurangnya dos pertama vaksin ᴄᴏᴠɪᴅ-19 adalah seramai 92.4 peratus manakala untuk anggota kumpulan pelaksana (AKP) 87.9 peratus sudah menerima sekurang-kurangnya dos pertama.

“Setakat hari ini juga, 72.4 peratus kakitangan di sekolah sudah menerima sekurang-kurangnya dos pertama. Apabila saya sebut kakitangan sekolah, kita merujuk kakitangan keselamatan kebersihan, kantin dan pemandu bas sekolah.

“Kerjasama baik task force antara KPM dan CITF (Badan Bertindak Imunisasi ᴄᴏᴠɪᴅ-19) membolehkan jumlah guru AKP dan kakitangan sokongan yang divaksin meningkat dari hari ke hari sehingga pada tahap yang kita ada pada hari ini,” katanya.

Radzi juga memberi jaminan, jika sesi persekolahan bersemuka sudah sedia dibuka kelak, makluman lebih awal kepada ibu bapa dan penjaga akan dibuat bagi memudahkan persediaan dilakukan.

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Johodaily

 

Sumber: AstroAwani BH Cikgushare Santaiviral

Check Also

(VIDEO) Pecah Perut Penonton! Cat, Jihan, Danial Buat Parodi Vida-Iqbal

Kisah cinta antara Dato’ Seri Vida dan pasanganya, Iqbal menjadi tumpuan peminat industri hiburan tanah air. Perbualan …

Leave a Reply

Your email address will not be published.