Connect with us

#vvip

“Sekali bukak Rm127, gaji aku Rm1200”. Terduduk tngok gaji. Rupa2nya majikn lupa nak carum duit pencen.

Gambar sekadar hiasan. Sila baca dibawah ini untuk maklumat penuh dan lengkap bagi artikel ini. Terima kasih kerana membaca artikel ini. Mohon kongsi jika bermanafaat dan mohon maaf jika ada tersilap dan salah. Beberapa bulan lepas, seorang kawan saya nak beli handphone baru.

Setelah 7 tahun guna handphone lama, memang kena beli yang baru juga untuk memudahkan urusan harian. Speaker rosak, bateri tahan hanya 30 minit. Kamera blur habis. Cuma dia minta bayar dua kali. Saya ok saja sebab dia ni memang pemurah. Masa guna kereta waja dulu, kalau rosak je.

“Bereh”. Saya pun ok saja. Moga dimudahkan urusannya. Cuma hati macam tak sedap. Ingat nak ziarah dia. Selang beberap hari, saya pun pergilah ke kedai dia sebab kebetulan ada servis laptop berhampiran kedai dia kerja. “Azri takde. Berhenti”. “Bila bos?”

“Saya tak tahu”. Bos dia pun macam layan tak layan. Saya telefon azri terus. Lima minit bercakap, saya terus letak dan pecut ke kawasan rumahnya. Saya nak dengar sendiri dari mulutnya. Ya. Rupanya, dia dah berhenti kerja. Tapi dia tak bagitahu saya. Hari yang dia tak dapat nak bayar duit handphone yang dibeli, rupanya hari tu dia berhenti.

Gaji aku RM1200. Aku terus patah balik tanya dia. Dia kata, dia lupa nak tolak kwsp aku. Jadi, kali ni gaji dia tolak bulan-bulan yang dia tak carum”. Allahu. Terdiam saya. “Pastu, kau minta tak? Kau tak cakap dengan bos balik?”. “Aku tak tahu nak cakap apa. Aku tahan je. Aku minta ihsan dia. Kesianlah dekat aku.

Sewa rumah lagi. Bil. Anak bini. Aku memang down sangat masa tu”. Azri terus pulang. Masa dia menunggang motor, tiba-tiba ada kereta hon dan minta dia berhenti sebab pemandu tu kata dia bawa motor macam orang blur. Lampu merah pun langgar je.

Satu hari, tuan rumah datang ketuk pintu. Dia terus ajak anak isteri menyorok dalam bilik. Tutup semua laptop. Dah dekat dua bulan tak bayar sewa. Dia rasa tuan rumah macam nak halau dia. Tiba-tiba tuan rumah bersuara dari luar, “Azri, saya bukan nak minta sewa. Bukan nak halau awak.

Saya nak bagitahu, kalau awak susah takpe. Sewa bulan lepas dan bulan ni saya halalkan”. Azri bagitahu, “Masa tu aku malu sangat. Aku keluar dan minta maaf berdiam diri pada tuan rumah”. Tuan rumah kata takpe. Ada duit nanti bayarlah. Sementara nak cari kerja ni.

Azri tersenyum saja. “Macamni. Pakcik ni ada kebun. Hasil jualan kebun tu pakcik memang tak ambil duitnya. Biasanya pakcik kumpul dan bagi pada sesiapa yang pakcik rasa nak bagi. Jadi, pakcik rasa nak bagi kamu lah. Boleh?”. Kawan saya Azri ni cerita sambil menahan sebak. Bertakung airmatanya.

“Kau tahu bu. Aku ikut dia balik subuh tu, dan di tangan aku, pakcik tu bagi RM2600. Dua bulan gaji aku yang bos aku tolak dan tak bayar sebulan lagi. Aku menangis sungguh. Aku terduduk kat situ juga”

Pakcik tu pesan kat aku, Gunalah duit ni untuk mulakan hidup baru. Selesaikan semua hutang-hutang. Jangan putus asa. Allah itu Maha besar dan Maha Kaya. Kalian, Begitulah kasih sayang Allah pada kita.

Biasanya, memang Tuhan akan buatkan kita menangis sungguh padaNya. Maka, sebelum kita nak marah-marah dengan ujian, nak menyalahkan keadaan, buntu dimana nak mulakan,nak selesaikan masalah dan lain-lain, Kembalikan dahulu semuanya kepada Allah.

Mohon sedar diri yang kita ni tiada langsung modal untuk berdepan dengan dunia dan akhirat melainkan berharap belas kasihan Allah kepada hamba yang diciptakan penuh kegagalan!. Kita semua sedar kalau gagal tandanya tak cukup menangis lagi!

Bersujud dan berlutut, hingga tersembam kerana mahukan Allah dahulu. Lalu, perlahan-lahan Allah ambil hati kita, dan Allah kembali berikan dunia semula. Untuk kalian yang diuji begini, panduannya ada di atas. Percayalah, keajaiban itu ada pada mereka yang percaya. Percaya yang pertama. Beriman kepada Allah.

Reaksi warganet

Ida amir – Sebaknya dada..tanpa sedar ada airmata yg menitis…moga pakcik,tuan rumah, azri,abu dan semua kita dimurahkan rezeki juga dipermudahkan urusan sentiasa..aamiin

Farazuin ismail – Bgsnyer tuan rumah, sy bayar lewat dua hari je tuan rumah dah perli perli, terasa sy, padahal tiap bulan bayar on time kena behenti kerja, sbb tu byr lewat sikit dah kena perli. Padahal tuan rumah tahu sy dah hlg pekerjaan.

Ibnu muhammad – Macam Syeikh Rohimuddin Nawawi al-Bantani selalu ulang dalam kuliah beliau, bantuan Allah SWT itu datang waktu kita tak ada daya upaya dan habis cara dah nak mendepani ujian hidup. Masa ni kita ikhlas sungguh-sungguh dengan Allah SWT dan Allah SWT akan beri kita jalan.

Insyaallah, Yakinlah kepada Rahmat Allah SWT walaupun berapa susah anda hadapi. Dosa diciptakan Allah SWT untuk diampuni. Kesusahan diciptakan Allah SWT untuk diberi kemudahan.

Izam haruken – Subbahanallah..cerita ni mcm keadaan yg sedang apa aku fikirkn..pada dri aku skang ni..dn segala isi crita ni..terasa sprti JAWAPAN UTK DRIKU..DI ATAS SESUATU YG AKU PIKIRKN DN KELIRU SELAMA INI.

Kredit Abu Hurairah Asifa

Trending