Connect with us

#news

Sekeluarga Disahkan Positif, Termasuk Bayi 3 Tahun, Daerah ini Pula Kembali Bergolak

PERLIS mempertimbangkan untuk melaksana Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) Secara Pentadbiran (Temco) di Sanglang dan daerah lain jika jumlah kes Covid-19 di negeri itu bertambah.

Menteri Besar Perlis Datuk Seri Azlan Man berkata, sebanyak 10 kes dikesan positif.

Kes semalam membabitkan sekeluarga di Sanglang yang dikaitkan dengan kluster PUI Sivagangga di Napoh, Kubang Pasu, Kedah.

Katanya, pihaknya akan menghantar perakuan kepada Sekretariat Bencana Persekutuan bagi memastikan langkah keselamatan dapat diambil termasuk cadangan pelaksanaan Temco.

“Kes terkini itu membabitkan individu pelbagai peringkat usia, seawal tiga tahun hingga warga emas dan mereka semua tinggal serumah.

Kementerian Kesihatan sedang berusaha mengenal pasti kontak rapat keluarga ini.

“Manakala 560 penduduk di Kampung Kuala Sanglang dan 312 di Kampung Tanah Timbul akan diminta menjalani ujian saringan.

“Jadi keputusan sama ada pelaksanaan Temco di Sanglang hanya akan diketahui dalam masa terdekat.

Memandangkan ada pesakit yang bersekolah di Sekolah Kebangsaan Sanglang dan Sekolah Menengah Kebangsaan Sanglang”

Beliau berkata semasa dalam sidang media khas di Kompleks Dewan Undangan Negeri (DUN) Perlis hari ini.

Mengulas keperluan pelaksanaan Temco di kawasan tertentu di Perlis, Azlan berkata, buat masa ini pihaknya menumpukan kawasan di Sanglang dahulu.

Beliau meminta penduduk di kawasan itu bersedia mental dan fizikal sekiranya Temco dilaksana selain berjaga-jaga dan mematuhi arahan.

“Cuma keputusan untuk menutup dua sekolah berkenaan belum diputuskan dan hanya akan diketahui dalam masa terdekat.

Fokus kita sekarang kenal pasti kontak pesakit melalui saringan,” katanya.

Sehingga semalam, dua kes positif Covid-19 sudah dilaporkan di Perlis membabitkan kawasan di Sanglang dan Padang Siding menjadikan jumlah keseluruhan 20 kes sejak Mac lalu.

Pra Sekolah Ditutup

Sementara itu, Ketua Pengarah Kesihatan Negeri Sabah, Datuk Dr Christina Rundi memaklumkan bahawa kes baharu cov-19 yang direkodkan di Sabah semalam membabitkan seorang wanita dan kanak-kanak warganegara Malaysia.

Menurutnya, kes tersebut melibatkan kanak-kanak di Penampang yang dipercayai murid pra sekolah telah dirujuk dari Klinik Kesihatan Penampang ke Hospital Wanita dan kanak-kanak Sabah.

Tambahnya lagi, semalam ada arahan penutupan sebuah kelas bagi prasekolah di Sekolah Kebangsaan (SK) Penampang telah dikeluarkan berikutan terdapat murid yang dijangkiti Cov-19.

Pengarah Kesihatan Negeri Sabah, Datuk Dr Christina Rundi berkata, kes ini dikesan positif Cov-19 semasa saringan sebelum prosedur kemasukan wad di hospital berkenaan.

“Semua kontak serumah dan sekolah telah dikenal pasti dan mereka dikehendaki menjalani saringan Cov-19.

“Sementara kes di Beluran yang membabitkan seorang wanita tempatan pula telah dirujuk dari Hospital Duchess of Kent Sandakan ke Hospital Queen Elizabeth, Kota Kinabalu,” katanya dalam satu kenyataan, di sini semalam.

Beliau berkata, kontak pesakit ini telah dikenal pasti dan perlu menjalani saringan Cov-19.

Dengan dua kes baharu itu, kes di Sabah meningkat kepada 402 kes dengan 16 kes masih aktif dan dirawat di hospital berpakar seluruh Sabah.

Sehingga kini masih terdapat 1,356 orang menjalani perintah kuarantin selama 14 hari di rumah (946 orang) dan pusat kuarantin (410 orang) di seluruh Sabah.

“ini adalah komen emosi dari aku… pihak kerajaan perlu bertanggungjawab dengan apa yg telah berlaku di Kedah dan Perlis..

Kerana dgn keputusan mereka sebelum ini yg membimbangkan masyarakat,tentang hal menyarankan

Mereka yg pulang dari luar negara melakukan kuanritim diri di rumah..pihak kerajaan terlalu yakin ataupun confident dgn keputusan mereka sebelum ni..

Kebimbangan masyarakat terhadap perkara ini sebelum ini telah pun terjadi..”

“Sblm ni ingatkankita akan pulih dri virus covid ni tup² kerajaan Bukak luas² pintu sempadan, bg org yg dduk diluar balik Malaysia,

Nahh tgk apa dah jadi, dri yg dh aman dari penyakit, terus ada balik penyakit,

Klau setakat rakyat Malaysia yg ada dlm negara aku rasa, kita mngkin blh bebas kena sni dh,

Rakyat Malaysia smua dgar arahan kot, yg ketegaq tahap gaban ni org, bangsat pendatang luar negara tu lah punca pembawak bala”

“Mohon pihak kerajaan laksanakan perintah kawalan pergerakkan diperketatkan bagi negeri kedah & perlis dahulu.

Ini untuk bagi menggekang wabak berkenaan dari merebak keluar lagi.

Saya mohon Maaf jika ada terlepas pandang”

Continue Reading
Click to comment

Leave a Reply

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan.

Trending

    Tersilang akar ada tunasnya, Melingkar sabut kenal umbinya