‘Kalaulah Boleh Aku Bawak Dia Pulang’ – Kisah Anak Yatim Yang Mengekori Setiap Langkah, Buat Irma Hasmie Bergenang Air Mata

Nama selebriti Irma Hasmie sentiasa segar meniti bibir peminat kerana kesempurnaan hidupnya sebagai wanita.

Selain dikurniakan rupa paras yang cantik, dia juga seorang yang mesra dan disenangi banyak pihak.

Imej Muslimah yang dibawanya turut mengumpul 1 juta pengikut di Instagram.

Berkongsi pengalaman saat menyertai Misi Bantuan Musim Sejuk di Turkey, Istanbul dan Gaziantep, hos dan pelakon Irma Hasmie ada menitipkan sebuah cerita yang menyentak rasa.

Jelasnya, sewaktu lawatan ke Rumah Anak Yatim Der AlSalam, seorang kanak-kanak lelaki ini sering mengikutinya dan meminta didukung dan mahu makan bersuap.

Lebih menyedihkan, kanak-kanak ini turut mengalirkan air mata tatkala rombongan mereka mahu meminta diri.

“Anak oh anak. Dia ikut sahaja sy kemana sy pergi sepanjang masa lawatan ke Rumah Anak Yatim Der AlSalam ini. Naik turun bangunan, minta di dukung, makan bersuap.

“ Masa nak balik tu lah paling sedih…dia tenung aje kita masa bgtau dia kita nak balik dah..mulut ‘jebek’ mata berair.

“ Jelas dia dahagakan kasih sayang dan tempat bermanja..itulah sy kata ‘kalau lah aku boleh bawa dia pulang,” kongsi Irma.

Menurut pelakon ini lagi, rumah anak yatim ini menghadapi kesukaran, malah bekalan makanan juga hampir habis.

Bil elektrik juga tidak berbayar selama enam bulan.

“ Rumah tempat tinggal mereka ini menghadapi kesukaran dana, masa lawat dapur mereka yg ada kebanyakkan nya minyak, beras dan pasta tpi lauk macam ayam dan daging peti ais nya kosong.

“ Adakah makan nasi kosong, pasta gaul minyak sahaja. Berat nak tanya takut mereka terasa.

“ Kemudian bil elektrik mencecah ₺8,444.70Lira hampir 6 bulan tidak berbayar, kalau kena pot0ng maka alat pemanas tak bole diguna. Mereka akan kesejukan terutamanya malam hari.

“ Maka team kami pun buat keputusan menguruskan nya dan membayar bil mereka.

“Itulah hasil sumbangan anda, terima kasih pada yg membantu kami,” tulisnya pada entri sama di Instagram.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by IRMA (@irmahasmie)

Marilah sama-sama menghulurkan sumbangan bagi meringankan beban insan memerlukan.

Semoga perkongsian Irma Hasmie ini memberi manfaat kepada golongan Muslimin dan Muslimat

Apa Kata Anda? Dah Baca Jangan Lupa Komen Yang Baik-Baik Sahaja Dan Jangan Lupa Share Ya. Terima Kasih.

Check Also

Ter0k Di k3cam, Imam Besar M4sjid Putra Sekali Lagi T4mpil Buat Vide0

PUTRAJAYA – Imam Masjid Putra, Ustaz Ikmal Zaidi Hashim memohon maaf kepada seluruh umat Islam …