Connect with us

#celeb

(Video) “Aku Suami Paling Bertuah…”, Edika Yusof Setia Jaga Isteri Lumpuh, Kongsi Rasa Syukur Gembira Sambut “Anniversary” Ke-18.

Sekitar tahun 90an, siapa yang tak kenal lelaki bersusuk tubuh tegap, tampan dan berwajah persis orang Arab. Edika Yusof satu nama tidak asing kepada peminat seni tanah air kerana kemunculannya sebagai seorang model dan pelakon serba boleh.

Filem yang paling sinonim dengan dirinya adalah Maria Mariana berlakon di samping Erra Fazira dan Ziana Zain. Namun selepas berkahwin, kelibatnya dalam dunia lakonan tidak kelihatan.

Bukan kerana tidak mahu belakon tetapi ada sebab kenapa dia menghilangkan diri dalam dunia seni. Namun kini dia juga dilihat sudah kembali beraksi dalam dunia seni cuba tidak seaktif dulu.

TIDAK PERNAH ANGGAP OKU

Walapun isterinya berada dalam serba kekurangan, tetapi lelaki ini tidak pernah menganggap isterinya seorang OKU ataupun seorang yang lumpuh. Malah dia menganggap isterinya seperti manusia biasa yang sempurna.

Daripada sikap isteri yang begitu membuatkan isterinya juga tidak sedar bahawa dirinya lumpuh dan bukan seperti insan normal lain.

Edika juga turut memberitahu dia treat isterinya sama sahaja daripada segi kasih sayang. Mereka ada masanya bergaduh dan menguruskan keperluan keluarga bersama-sama. Dia cipta benda begini supaya isterinya itu tahu bahawa dia seorang yang normal.

Biarpun ada pandangan keluarga dan teman-teman yang bertanya kenapa dia tidak berkahwin lagi satu, Edika punya jawapan tersendiri. Katanya jika berkahwin lagi satu pun tidak akan selesaikan masalah yang sedia ada.

Mungkin juga isteri kedua itu nanti akan sakit lumpuh. Jadi berapa ‘wheechair’ yang perlu dia jaga kelak.

Pelakon terkenal, Edika Yusof baru-baru ini menyambut ulang tahun perkahwinan yang ke-18 bersama isteri tercinta, Hidayah.

Meskipun terpaksa berkerusi roda setiap masa akibat komplikasi kesihatan, itu tidak memberi sebarang bebanan dan tekanan buat Edika sepanjang mereka melayari bahtera rumah tangga bersama-sama selama ini.

Menerusi satu hantaran di Instagram, Edika memuat naik detik indah meraikan ulang tahun mereka dengan suasana romantis di samping turut menghadiahi Hidayah sebuah kek.

Tiada sebarang majlis besar-besaran, tiada kostum menawan, jauh lagi menghebahkannya untuk publisiti, pasangan berdua ini tenang menyambut hari bahagia mereka hanya dengan kek ringkas, ucapan dan doa.

Dengan penuh rasa bahagia, Edika menjelaskan bahawa dirinya begitu bertuah kerana ditakdirkan memiliki seorang isteri yang sangat disayangi.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Edika Yusof (@edikayusofxx)

“Saya ialah suami yang paling bertuah sebab memiliki awak di sisi saya. Isteri seperti awak adalah rahmat. Saya bersyukur kepada Allah kerana memilikimu. Selamat hari ulang tahun isteriku sayang,” jelasnya dalam kapsyen hantaran tersebut.

Hidayah dilaporkan lumpuh kerana mengalami meningtis hingga menyebabkan dirinya perlu bergantung dengan pelbagai alat rehabilitasi sebagai rawatan dan bantuan rutin seharian.

Walaupun pernah digilai ramai ketika zaman mudanya dalam dunia seni satu ketika dahulu, namun di dunia realiti, aktor berusia 54 tahun ini membuktikan kesetiaannya terhadap isteri tercinta yang begitu agung.

 

Hasil perkahwinan mereka berdua, Edika dan Hidayah berbahagia menjalani kehidupan bersama tiga anaknya, iaitu Fardeen Nasrulhaq, Fereena Nurulhaq dan Nazirul Afiq.

Trending