“Selama Tiga Tahun Ini, Saya ‘Menutup Kemas’…,” – Finalis Dewi Remaja 2019, Myra Natasya Rupanya Anak Tunggal Halim Othman!

Bintang baharu, Myra Natasya rupa-rupanya ialah anak tunggal bekas penyampai radio popular, Halim Othman, 56.

Menurut Myra, 27, yang juga finalis Dewi Remaja 2019/2020 itu kepada Harian Metro, sudah tiba waktu sesuai untuknya mended4hkan mengenai perkara tersebut.

“Selama tiga tahun ini, saya ‘menutup kemas’ identiti ayah kerana menghorm4tinya yang selama membina nama sebagai penyampai radio dan pengacara, memang tidak pernah buka mulut bercerita mengenai kisah peribadi dan keluarga.

“Malah, pada awal pembabitan dalam karier seni ini pun, ayah kurang setuju kerana bimbangkan diri saya. Tapi, selepas dia menonton saya mengacarakan Didik TV, banyak ilmu dikongsikannya.

“Dia pun nampaknya bangga dengan saya kerana mampu berusaha untuk menapak dalam karier ini dengan bakat sendiri tanpa bergantung dengan namanya. Saya sayang dan menghorm4ti ayah,” katanya.

Dia pada masa akui sudah memaklumkan kepada bapa untuk berkongsi perkara sebenar apabila ada orang bertanya.

“Hubungan saya dengan ayah memang baik, walaupun saya tahu dia kurang selesa berkongsi kisah peribadinya dulu kepada media. Malah, dia kalau bercakap pun suka berkongsi kisah semasa atau p0litik.

“Tapi, saya dah cakap dengan dia akan beritahu siapa saja yang tanya. Dia faham dan harapan saya ingin berjaya dalam karier ini,” katanya.

Selain makin aktif dalam seni, Myra juga merupakan tenaga pengajar sukan sorak untuk beberapa sekolah menerusi syarikat ditubuhkannya.

Difahamkan, Myra atau nama sebenarnya, Yusmyra Natasya ialah anak Halim bersama bekas isteri, Yusnita Omar, 47.

Komen netizen:

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Johodaily

Sumber: MH

Check Also

“Sias4t SemuIa Kematiian BabySyifa, tak masuk akaI terjerut buai.. ”- lsteri TMJ pers0al punca kematiian BabySyifa

“ Kesiannya.. Baby Syifa Terjerut buai dan kesan luka parah dekat kaki seperti diseret.. Semoga …

Leave a Reply

Your email address will not be published.