Connect with us

#pop

Selamatkah Malaysia? Ini 5 Negara Asia yang kini dilanda gelombang ke-2 COVID-19

Atmosfera di negara kita secara ansur telah baik pulih dari pandemik yang melanda. Ini kerana rakyat kita yang prihatin mendengar perintah dari Majlis Keselamatan Negara (MKN). Tahniah diucapkan buat semua.

Negara kita beransur pulih terima kasih kepada pihak perubatan keselamatan dan barisan hadapan yang lain. Dengan mempunyai teknologi perubatan yang canggih, ia memang layak dipuji okeh rakyat kerana keberkesanannya membawa kita kepada hari ini.

Namun, tidak semua negara yang menghadapi situasi yang sama seperti kita. Siapa sangka, wabak pandemik yang menggoncangkan dunia telah datang dalam gelombang kedua. Akibatnya, banyak sektor yang sedang beroperasi telahpun diberhentikan.

Apakah negara-negara yang diramalkan akan berhadapan dengan gelombang kedua wabak pandemik virus Corona? Mari kita menelaah.

1. China

Bukan lagi satu kejutan semenjak Corona usulnya dari negara ini. Negara ini mengalami gelombang kedua pada 11 Jun. Lokasi yang dilaporkan merupakan di kawasan pasar yang beroperasi di Beijing. Gelombang tersebut menjangkiti lebih 300 mangsa secara keseluruhan.

Mengetahui akan kehadiran ‘baru’ ini, kerajaan China melakukan semula Perintah Kawalan Pergerakan (MCO). Kajian akan dilakukan di teras gelombang ini terjadi yang dikesan iaitu Pasar Xinfadi, Fengtai.

Dalam hanya tempoh beberapa minggu, pihak perubatan China berjaya diagnos lebih 7 juta penduduk di China. Sektor pembelajaran dan sektor perniagaan ditutup semula. Namun, kerajaan China mengumumkan pada 1 Julai lepas bahawa hanya satu kes sahaja ditemui dikawasan sekitar pasar tersebut.

2. Korea Selatan

Bukan sahaja Malaysia yang dipuji dengan kecekapan menguruskan wabak ini, malah Korea Selatan juga menjadi negara yang cekap menangani isu Covid-19 ini.

Presiden Korea, Moon Jae-In mendabik atas kejayaan yang dicapai dengan apa yang beliau namakan ‘K-Quarantine’ susulan nama muzik popular mereka, ‘K-Pop’.

Tetapi, 22 Jun 2020 bukanlah hari yang baik buat Korea. Dengan penemuan kluster baru di ibu negara Korea, Seoul membuatkan penutupan semula beberapa lokasi dan larangan untuk berkumpul.

2 minggu sebelum 2 Julai 2020, 50 kes dilaporkan telah berlaku dimana 44 darinya adalah warga tempatan. Ia merupakan jumlah tertinggi yang dicatat.

3. Jepun

Akhir Jun 2020, laporan mengatakan Jepun sudah bersedia menghadapi gelombang kedua Corona ini selepas kes berjumlah sebanyak 55, yang merupakan kes tertinggi dialami dalam tempoh beberapa bulan.

Jepun mendapati jumlah kes sebanyak 50, kali terakhir berlaku pada 5 Mei yang lalu. Kerajaan Jepun mengambil langkah Perintah Kawalan Pergerakan semula pada 25 Mei.

Tokyo, diutamakan dan dalam situasi berhati-hati semenjak ianya dilabel sebagai bandar yang sesak. Kerajaan Jepun bimbang akan kes yang naik turun. Pada 2 Julai 2020, Jepun melaporkan 107 kes baru dan ia merupakan kes tertinggi dalam tempoh 2 bulan.

Diantara 107 kes yang berlaku pada waktu itu, 70% dari angka tersebut melibatkan individu berumur sekita 20-30an. Jepun masih belum mengambil inisiatif untuk memulakan semula Perintah Larangan Pergerakan (LockDown).

4. Indonesia

Negara jiran kita, Indonesia melaporkan sesuatu yang tidak sedap didengar oleh mana-mana pihak. Hal demikian kerana, Indonesia merekodkan jumlah kes yang terjadi pada 2 Julai baru baru ini, mencapai 1,624 kes terbaru. Angka tersebut merupakan rekod tertinggi yang dicapai oleh kerajaan Indonesia semenjak 2 Mac.

Perkara yang membimbangkan Indonesia ialah, bandar besar seperti Jawa dan Jakarta sudah meringankan operasi peraturan kawalan walaupun kes mencecah sebanyak 1,000 semenjak 12 Jun, secara konsisten.

Jawa Timur direkodkan sebagai kawasan yang paling teruk. Ia berpunca dari masyarakat bandar yang pulang ke desa untuk Hari Lebaran. Ia juga telah mengakibatkan jumlah kes disana kekal sebagai yang tertinggi.

Akhir Jun 2020, presiden Indonesia, Joko Widodo mengarahkan untuk pecat sesiapa sahaja yang berada di kabinet dan agensi kerajaan kerana memandang remeh akan krisis pandemik yang melanda mereka. Semoga arahan itu tidak menyebabkan pergolakan politik di sana.

5. India

India mengisytiharkan untuk melonggarkan perintah kawalan atas sebab desakan ekonomi pada hujung Mei 2020. Ia dijangka akan beroperasi pada 8 Jun akan datang.

Dengan pelonggaran yang bakal berlaku, sektor yang merundum akan kembali aktif. Bukan itu sahaja, tetapi aktiviti keagamaan di rumah ibadat juga berjalan seperti biasa. Akibat dari perbuatan itu, kes telah menambah secara mendadak.

Ibu negeri Tamil Nadu, Chennai telah memulakan semula perintah kawalan pergerakan bersama daerah yang berdekatan. Setiap individu di kawasan tersebut hanya dibenarkan untuk keluar dalam radius 2km sahaja dari kediaman masing-masing.

Dengan hampir 16,000 kematian, India merekodkan lebih 500,000 kes buat kali pertama pada 26 Jun. Selepas seminggu dari tarikh itu, angka 500,000 meningkat ke 624,000 kes dengan jumlah kematian seramai 18,200 sehingga 2 Julai.

Namun, yang membezakan India dan negara lain adalah dari aspek teknologi perubatan. Kematian dari kes Corona di India tidak setinggi Brazil, Itali, United Kingdom.

Membacakan hal yang berlaku ini, adakah Malaysia juga akan menghadapi perkara yang sama? Doakan yang terbaik untuk negara kita. Jangan lupa Like, Share dan Follow 😊

Sumber: iluminasi.com

Continue Reading
Click to comment

Leave a Reply

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan.

Trending

    Tersilang akar ada tunasnya, Melingkar sabut kenal umbinya