Connect with us

#news

Selepas Kehilangan Suami & Anak Kini Nora Arififn Diuji Lagi Kehilangan Insan Tercinta Buat Kali Ke -3

Ajal tidak mengenal usia, umur. Ianya sudah pun tertulis di Luh Mahfuz dan kita hanya perlu bersedia.

Setiap yang hidup pasti akan merasakan kematian. Namun bagi penyanyi Nora Ariffin, kebelakangan ini banyak kematian yang berlaku begitu dekat dengan kehidupannya.

Terdahulu, Nora kehilangan suami tercinta, Johan Nawawi pada tahun 2017 akibat serangan jantung. Selepas beberapa tahun kematian suaminya, anak beliau, Alif Johan pula menghembuskan nafas terakhir pada Disember 2019 akibat faktor genetik. Dan baru-baru ini, satu lagi berita kematian menyusul.

Menerusi laman sosial Instagram Nora, penyanyi lagu berjudul Samudera ini, telah memaklumkan bahawa ibu mertuanya, Nora Abdullah telah kembali ke Rahmatullah pagi ini.

Mengikut kenyataannya, dia mendoakan dan berharap ibu mertuanya ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman dan dapat berjumpa dengan suami dan anaknya kelak.

Netizen bersimpati dengan Nora

Para netizen yang melihat postingan itu mengambil kesempatan untuk ucap takziah buat Nora sekeluarga dan menyelitkan doa agar penyanyi itu kekal kuat dengan dugaan itu.

Dugaan yang menimpa Nora Ariffin turut mendapat perhatian personaliti TV3, Fedtri Yahya yang bersimpati dengan penyanyi berasal Kota Bharu itu.

Untuk makluman, ibu mertua Nora Ariffin, Nora Abdullah ialah seorang penulis komik wanita pertama negara. Beliau terkenal dengan hasil ciptaannya mengisahkan tentang lagenda Cik Siti Wan Kembang pada tahun 1955. Ia diterbitkan semula sekitar tahun 1980-an dalam majalah Gila-Gila dan Salina.

Semoga roh Nora Abdullah dicucuri rahmat, Aamin. Harap Nora dan keluarga kuat hadapi dugaan ini, In Shaa Allah.

Continue Reading
Click to comment

Leave a Reply

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan.

Trending

    Tersilang akar ada tunasnya, Melingkar sabut kenal umbinya