Connect with us

#news

“Selepas makan, di depan aku, Ibu cakap ‘tak sedap’. Aku tak tau macam mana perlu aku jawab,” – Isteri Makan Hati Mertua Suka Buka Aib Menantu

Perkahwinan merupakan hubungan suci yang terjalin setelah si lelaki selesai melafazkan akad sewaktu majlis nikah berlangsung.

Perkahwinan akan lebih bahagia apabila mendapat restu dari keluarga terutamanya ibu bapa.

Namun, tidak semua perkara seindah yang kita jangkakan. Berikut merupakan satu perkongsian dari seorang wanita yang identitinya dirahsiakan.

Mari kita membaca kisah beliau dan semoga dapat mengambil iktibar.

Assalamualaikum. Terima kasih sekiranya siarkan confession ini.

Setelah beberapa tahun berkahwin, akhirnya malam ini aku luahkan segala-galanya pada suami aku berkenaan perasaan aku pada dia dan keluarganya.

Setelah berkahwin, kami menetap di salah sebuah negeri yang berdekatan dengan rumah keluarganya, dalam 2-3 jam perjalanan.

Manakala rumah aku sendiri, memakan masa lebih lama dari itu. Isu dia sekarang, sejujurnya aku banyak makan hati kerana keluarganya, khususnya ibu dia yang suka mencari aib menantu.

Dia mempunyai beberapa orang adik beradik. Semua sudah berkeluarga dan menetap jauh dari ibunya. Kami yang menetap paling dekat. Dulu sewaktu awal perkahwinan, ibu dia selalu menceritakan aib biras aku kepada aku. Dikatanya biras aku pemalas, sebab tak kemas rumah. Aku tanya pada suami aku, kenapa ibu dia cakap macam itu?

Sebab kami jarang ke rumah biras aku. Lalu dia cerita, ibu dia akan pergi ke rumah anak-anak dan akan buka pintu bilik utama untuk tengok keadaan bilik. Aku terkejut, sebab keluarga aku tidak akan pernah buat begitu.

Ibu dia juga menceritakan, biras aku tak masak makanan kegemaran cucu dia, buktinya bila cucu dia balik kampung dan makan masakan dia, cucu dia akan cakap ‘mommy tak masak macam ni opah’.

Bagi aku, pasti biras aku ada masakkan masakan kegemaran lain untuk anak anak dia sebab dia selalu cerita dia selalu masak bila di rumah.
Biasalah budak-budak bukan boleh jelaskan keadaan sebenar.

Banyak lagi aib-aib biras aku yang diceritakan kepada aku. Suami aku hanya mendengar tanpa memberi sebarang komen. Namun begitu, semuanya OK antara aku dan ibu mertua, sehinggalah masuk tahun kedua dan seterusnya dalam perkahwinan aku.

Telah berlaku beberapa perkara yang membuatkan aku makan hati dengan ibu mertua aku. Pernah sekali, keluarga aku pernah mengirimkan makanan pada ibu mertua aku.

Selepas makan, di depan aku, dia cakap ‘tak sedap’. Aku tak tau macam mana perlu aku jawab, bagi aku, itu hanyalah tanda ingatan keluarga aku. Aku diajar utk tidak membuat orang lain berkecil hati dengan kata-kata aku.

Pernah juga sekali kami balik rumah, suami aku minta aku kemas barang untuk balik semula ke rumah kami, aku pun bersiap dan tunggu suami aku di ruang tamu sekali dengan beg-beg nak balik ke rumah kami, tapi suami aku pergi makan di dapur.

Ibu mertua aku terus cakap , ‘nak balik cepat, naiklah bas’. Aku betul-betul tak tau nak bagi reaksi apa, anak dia yang minta aku bersiap. Walaupun jarak rumah kami agak jauh, ibu mertua aku sering meminta suami aku balik ke rumahnya. Suami aku akan ajak aku balik ke rumah ibu mertua aku.

Namun kadang-kadang kami tak dapat balik atas sebab tuntutan kerja aku. Lalu ibu mertua aku memberi cadangan pada suami aku, balik je dengan anak anak kami. Dan perkara ini telah berlaku berulang ulang kali.
Kami juga punya rancangan sendiri di hari minggu kami.

Aku sedih kerana suami aku hanya menurut perintah ibu dia. Dan banyak lagi percakapan ibu mertua aku yang membuatkan aku terasa hati. Bagi aku, ibu mertua aku sangat suka memerhatikan orang dan akan mencari aib orang tersebut.

Suami aku, seorang ayah dan anak yang baik. Aku cuba meluahkan pandangan aku berkenaan ibu mertua aku, namun dia hanya diamkan diri dan buat seolah-olah aku tidak mempunyai sebarang rasa sakit hati. Aku hanya mengharapkan dia faham dan pujuk aku.

Dia cakap, dia bercadang untuk mengajak ibu mertua aku untuk tinggal bersama kami. Aku tak tau sekiranya ini berlaku, apa harus aku buat. Bantulah aku.

Semoga wanita ini diberi petunjuk oleh Maha Esa dan agar segala urusannya dipermudahkan. In shaa Allah.

Continue Reading
1 Comment

1 Comment

  1. Keenan

    Ogos 29, 2020 at 3:03 am

    Hi

    Be Buzz Free! The Original Mosquito Trap.
    60% OFF for the next 24 Hours ONLY + FREE Worldwide Shipping
    ✔️LED Bionic Wave Technology
    ✔️Eco-Friendly
    ✔️15 Day Money-Back Guarantee

    Shop Now: mosquitotrap.online

    All the best,

    Tersilang akar ada tunasnya | The Klasik

Leave a Reply

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan.

Trending

    Tersilang akar ada tunasnya, Melingkar sabut kenal umbinya