Connect with us

#news

Selepas sidang media Anwar Ibrahim, pihak istana keluar kenyataan yang tidak disangka apa yang jadi sebenarnya

Selepas Sidang Media Anwar Ibrahim sebentar tadi, Istana Negara dalam satu kenyataan di laman rasmi Facebook Istana Negara, Al-Sultan Abdullah menasihatkan Anwar Ibrahim untuk akur dan menghormati proses-proses perundangan seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

Dalam kenyataan rasmi Istana Negara yang sama juga mengesahkan bahawa Anwar Ibrahim hanya mempersembahkan kepada Yang Di-Pertuan Agong jumlah sokongan Ahli Dewan Rakyat tetapi tidak mempersembahkan senarai nama Ahli-Ahli Dewan Rakyat untuk mengukuhkan dakwaannya itu.

“Dalam sesi yang berlangsung selama lebih kurang 25 minit ini, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mengemukakan jumlah Ahli-Ahli Dewan Rakyat yang didakwa memberi sokongan kepada beliau.

“Walau bagaimanapun, beliau tidak mengemukakan senarai nama Ahli-ahli Dewan Rakyat untuk mengukuhkan dakwaan tersebut.

Al-Sultan Abdullah turut menyentuh tentang penularan pandemik Covid-19 yang kembali meningkat serta dalam titah Baginda turut menasihatkan rakyat terus berdisiplin dan menjaga kesihatan diri masing-masing serta mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan

Selepas sidang media Anwar Ibrahim, pihak istana keluar kenyataan yang tidak disangka apa yang jadi sebenarnya

Dalam perkembangan lain, Ahmad Fadil memaklumkan Seri Paduka Baginda menzahirkan kegusaran dengan peningkatan kes COVID-19 di Malaysia yang turut menyebabkan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di beberapa negeri.

Baginda turut menasihati seluruh rakyat supaya bertenang serta berdisiplin menjaga kesihatan diri masing-masing dengan mematuhi ketetapan tatacara kebiasaan baharu dan prosedur operasi standard (SOP).

“Al-Sultan Abdullah menzahirkan keyakinan dan mengajak seluruh rakyat tanpa mengira bangsa, agama dan fahaman politik bersatu padu dan bersatu hati memerangi penularan COVID19 demi keselamatan bersama serta kesejahteraan negara.

“Adalah dimaklumkan juga, lanjutan kepada pelaksanaan PKPB dan atas titah perkenan Al-Sultan Abdullah, Istana Negara telah melaksanakan sekatan pergerakan separa yang telah berkuatkuasa sehingga tarikh yang akan diumumkan kelak,” katanya.

Semasa sidang media Anwar tadi,

Presiden PKR Anwar Ibrahim berkata dia telah mempersembahkan dokumen sahih membuktikan sokongan lebih 120 ahli parlimen buatnya kepada Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah dalam pertemuan pagi tadi.

“Ia mencecah lebih dari 120 (ahli parlimen).

“Tapi oleh kerana Yang di-Pertuan Agong akan memanggil ketua-ketua parti, maka munasabah untuk kita bersabar, memberi ruang dan wewenang untuk YDPA memutuskan.

“Tak wajar tetapkan masa untuk YDPA memutuskan,” katanya pada sidang media khas sebentar tadi.

Bagaimanapun Anwar beranggapan pentadbiran PN pimpinan Muhyiddin Yassin “sudah jatuh.”

Menjelaskan lanjut, kerajaan baru yang bakal diterajuinya “masih tetap majoriti Muslim dan bumiputera.”

“Tapi saya ingin tegaskan bahawa jaminan tentang hak semua warganegara tetap terpelihara,” katanya lagi.

Sedikit sedutan video:

Sumber sk

Continue Reading

Trending