Jual Set Mewarna Sampai RM220, dUCk Sekali Lagi Dikecam Netizen Kerana Cuba Kaut Keuntungan Berlipat Kali Ganda

Bukan pertama kali menjadi buah mulut netizen, baru-baru ini jenama dUCk sekali lagi menjadi perhatian apabila set mewarna yang dikeluarkan jenama tersebut seperti hanya produk tangkap muat.

Melalui perkongsian seorang pengguna TikTok dengan nama The Khan, perkara tersebut tidak sepatutnya terjadi kerana set mewarna tersebut langsung tidak nampak eksklusif dan sepertinya sekadar menggunakan jenama tersebut semata-mata untuk mengaut keuntungan berlipat kali ganda.

@thekhanzmy blood is boiling ❤️ #dUCk #duckscarves #fashionvalet #fyp♬ original sound – TheKhan

Melalui pengamatan kami di platform Shopee, set mewarna yang lebih kurang sama design, dijual di bawah RM30. Lebih mengejutkan adalah batang berus dan juga bekas cat juga kelihatan lebih kurang sama.

Menambah beberapa perkara berkaitan branding (penjenamaan) dUCk itu sendiri, pengguna TikTok tersebut turut meluahkan pendapat sekiranya mahu produk tersebut dijual dengan harga sedemikian rupa, biarlah setanding dengan apa yang pembeli bakal terima dan bukanlah hanya sekadar meletakkan logo semata-mata.

Anda boleh tonton beberapa point yang boleh dijadikan penambahbaikan untuk jenama tersebut dalam memastikan ia kelihatan lebih eksklusif dan berbaloi.

@thekhanzReply to @dearaniswang if we take out the items from the box, we wouldn’t know it’s from the ✨brand✨ #dUCk #duckscarves #branding #fyp♬ original sound – TheKhan

Sehingga artikel ini ditulis, belum ada sebarang kenyataan rasmi yang dikeluarkan oleh pihak dUCk atau pun dari Vivy Yusoff sendiri selaku pemilik jenama berkenaan.

Namun tidak dinafikan, bila menyebut soal branding ini, tidak mustahil sesuatu jenama itu mempunyai peminat tegarnya sendiri yang bersedia untuk mendapatkan sebarang produk terbaru daripada jenama kegemaran mereka.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber : gulapop

Check Also

“InsyaAllah Bekalan Di Alam Kubur Daddy & Mommy” – Anaqi Mula Rajin Mengikuti Solat, Amar Baharin Berdoa Semoga Anak Menjadi Insan Soleh

Setiap ibu bapa sudah pasti ingin memberikan pendidikan terbaik untuk anak-anak dengan harapan si kecil …

Leave a Reply

Your email address will not be published.