3 Tahun Dah Cerai Pun Masih Ingat Butiran Peribadi, Punya Ramai Orang Di PPV Wanita Tak Sangka Jumpa Bekas Suami 

Berikutan peningkatan kes ᴄᴏᴠɪᴅ-19 yang semakin meningkat di negara kita, rakyat disyorkan mengambil suntikan vaksin di Pusat Pemberian Vaksin yang ditetapkan.

Pembukaan Pusat Pemberian Vaksin (PPV) integrasi dilihat akan menjadi pemangkin kepada inisiatif dalam mempercepatkan kadar pemberian vaksin kepada penduduk Malaysia.

Di samping itu, ramai yang berkongsi kisah menarik di laman sosial berkenaan pangalaman mereka sewaktu menerima suntikan vaksin. Ada yang menyarung kostum dinosaur bahkan ada juga yang memakai kostum karakter Disney terkenal iaitu Donald Duck

Namun, lain pula ceritanya pada minggu lalu apabila seorang wanita secara tak sengaja bertemu dengan bekas suaminya yang juga sukarelawan di salah sebuah Pusat Pemberian Vaksin (PPV) di Selangor.

Difahamkan lagi, bekas suaminya itu bertugas sebagai salah seorang sukarelawan di sebuah PPV yang terletak di Selangor.

Pertemuan yang tidak dirancang

“Perlukan ic tak ? Tak perlu, saya ingat semua tentang awak,” kata lelaki itu saat ditanya oleh bekas isteri.

Masih mengingati segala maklumat peribadi

Biarpun sudah bertahun tidak hidup sebumbung, lelaki itu masih mengingati segala maklumat peribadi bekas isterinya apabila dia membantu mengisi borang pengambilan vaksin di kaunternya.

Menurutnya, detik pertemuan tersebut dikongsi sekadar kenangan sahaja kerana kejadian itu sangat tidak disangka serta lucu.

“Saya tak tahu dia kerja di PPV. Tapi bila pergi sana, saya memang cam dia walaupun dia pakai mask. Lagipun kami memang selalu jumpa untuk urusan anak.

“Kami tak bergaduh, baik sampai sekarang. Alhamdulillah, proses suntikan vaksin pun sangat lancar dan cepat.

“Kebetulan dapat kaunter yang dia jaga. Padahal ramai orang dan ada banyak kaunter di PPV itu.

“Sempat juga kami berborak sekejap dan ambil selfie,” imbas ibu kepada seorang cahaya mata berusia empat tahun itu.

Kata Alia yang juga penerima vaksin Sinovac, dia sekadar berkongsi kisah pertemuan singkat itu di Instagram untuk disimpan sebagai kenangan.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Alya shafira (@alianurshafira)

“Saya cuma nak share moment itu sebab ia kelakar. Bukan selalu saya share mengenai bekas suami di media sosial,” ujarnya yang menetap di Sri Petaling, Kuala Lumpur.

“Mungkin ada yang senasib dengan saya, saya cuma nak sampaikan mesej dan inspirasi. InsyaAllah boleh bagi manfaat pada orang sekeliling.

Menjengah ke laman sosial Twitter, rata-rata netizen yang menyaksikan perkongsian terebut berasa sebak malah ada juga yang tertanya-tanya mengapa mereka berdua berpisah.

Sedihnya, dah 3 tahun bercerai belum tentu dah ‘move on’

Cinta sejati mesti takkan pernah lupakan orang tu

Macam mana masih boleh layan dengan baik?

Memang ada lelaki yang lebih tahu segalanya tentang isteri

Apa punca bercerai agaknya?


Untuk rekod, Alia dan bekas suami, masing-masing berusia 28 tahun, berkahwin pada 2015 dan dikurniakan seorang cahaya mata perempuan sebelum berpisah pada 2018.

Suntikan lebih 400,000 dos

Malaysia terus mencatatkan prestasi memberangsangkan dengan mencatat dos suntikan vaksin melebihi 400,000 dos untuk hari kelima berturut-turut.

Meskipun jumlah dos pada 16 Julai sedikit menurun namun ia masih lagi melepasi angka 400,000 dengan 406,763 dos diberikan.

Daripada jumlah tersebut, 276,905 individu menerima dos pertama, manakala 129,858 lagi lengkap dos kedua.

PM seru negara pengeluar elak lambakan bekalan

Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin menyeru kuasa ekonomi yang menghasilkan vaksin supaya mengelakkan berlakunya lambakan bekalan.

Sebaliknya mereka diminta berkongsi bekalan vaksin dengan negara yang memerlukan berikutan rundingan untuk memperoleh bekalan itu mengambil masa.

Sumber: Instagram Alia Nur Shafira, Twitter @Amrlamnnn OMM

Check Also

(VIDEO) Pecah Perut Penonton! Cat, Jihan, Danial Buat Parodi Vida-Iqbal

Kisah cinta antara Dato’ Seri Vida dan pasanganya, Iqbal menjadi tumpuan peminat industri hiburan tanah air. Perbualan …

Leave a Reply

Your email address will not be published.