“Saya Masih Hargai Dan Sayangi Persahabatan Dibina Hampir 20 Tahun”- Siti Nordiana ‘Lawan’ 5 Sekawan

KONFLIK antara penyanyi Lan Solo dan Syura dengan Siti Nordiana nampaknya membuka episod baharu apabila penyanyi lagu Angkara itu membuat laporan polis pada pagi Jumaat.

Siti Nordiana, 37, menamakan lima individu kerana didakwa memfitnah selepas mengaitkan namanya menerusi Instagram live baru-baru ini.

Akui Terima Notis Peguam

Lima individu yang dituntut membuat permohonan maaf terhadap penyanyi Siti Nordiana, mengakui sudah menerima notis terbabit hari ini yang dikemukakan menerusi peguam Abang Azlan dari Abang Azlan & Associates.

Bagaimanapun mereka iaitu Lan Solo, Syura, isteri Lan iaitu Sheila, jurusolek Aida G dan pegawai perhubungan awam syarikat rakaman FMC, Sam Samin menyerahkan perkara itu kepada peguam untuk tindakan selanjutnya.

“Terdapat beberapa perkara yang diperhalusi oleh kami berlima. Apa-apa tindakan atau respons yang bakal menyusul akan kami maklumkan berdasarkan nasihat daripada peguam kami,” kata mereka ringkas.

Lima individu itu diberi tempoh masa 24 hingga 48 jam untuk mereka memberi maklum balas.

Sekiranya gagal berbuat demikian, mereka bakal disaman. Dia bertindak demikian bagi membersihkan namanya daripada dakwaan berunsur fitnah yang jelas boleh menjejaskan nama dan reputasinya.

Dia terpaksa mengambil tindakan itu untuk membersihkan namanya dan menyerahkan keputusan kepada pihak berkuasa.

Masih Hargai Dan Sayang Persahabatan

KESAL dengan tindakan rakan-rakan yang bercakap perkara tidak baik mengenai dirinya, penyanyi Siti Nordiana berkata, dia masih menghargai dan menyayangi persahabatan yang dibina hampir 20 tahun dengan Syura Badron dan Lan Solo.

Namun, menurut Siti Nordiana, 37, hatinya cuma terluka apabila rakan-rakannya itu sanggup membawa perkara itu secara terbuka di media sosial.

“Sudah tentu saya sayang sebab mereka juga kawan-kawan yang baik dengan saya, malah kami pernah lalui susah senang bersama.

“Cuma saya agak terkilan dengan perkara ini sahaja… kenapa harus (dibawa) ke media sosial?

“Kalau ada benda mereka tidak puas hati dengan saya, mereka boleh berhubung dengan saya secara profesional, boleh call atau video call… saya rasa ralat kenapa perlu di media sosial,” katanya kepada mStar.

Perasan Unfollow IG

Menceritakan lebih lanjut, Siti Nordiana berkata dia menyedari rakan-rakannya itu sudah tidak lagi mengikuti (unfollow) akaun Instagramnya namun menyangkakan perkara itu sebagai tidak sengaja.

“Saya perasan mereka unfollow IG saya tapi saya anggap benda itu perkara biasa mungkin anak mereka tertekan ke atau tak sengaja ter-unfollow… itukan normal jadi macam itu.

“Waktu itu pula saya kebetulan tengah busy dengan kerja, jadi saya tak berapa beri tumpuan pada perkara tersebut sebab ada benda penting lagi saya nak buat ketika itu.

“Apa-apa pun kalau boleh kita bawa berbincang jika ada ketidakpuashatian, jangan share kepada public perkara yang tidak sepatutnya untuk dikongsikan,” ujarnya lagi.

Tumpang Populariti Dan Bawaan Mulut

Isu tercetus apabila nama Nana disebut dalam sesi siaran langsung di Instagram penyanyi Lan Solo, Syura, isteri Lan iaitu Sheila, jurusolek Aida G dan pegawai perhubungan awam syarikat rakaman FMC, Sam Samin pada 20 Julai lalu.

Pada sesi itu Shiela meluahkan rasa terkilan apabila suaminya, Lan dikatakan menumpang populariti Siti Nordiana.

Sementara itu, Syura pula mendakwa ada pihak produksi enggan memberikan tawaran kerja kepadanya angkara bawaan mulut rakan baiknya iaitu Siti Nordiana.

Malah, ia menjadi medan untuk mereka meluahkan apa yang terbuku di hati selama ini membabitkan konflik yang berlaku.

Sumber: HM mStar

Check Also

Ter0k Di k3cam, Imam Besar M4sjid Putra Sekali Lagi T4mpil Buat Vide0

PUTRAJAYA – Imam Masjid Putra, Ustaz Ikmal Zaidi Hashim memohon maaf kepada seluruh umat Islam …

Leave a Reply

Your email address will not be published.