Pemanggil Suria FM jaja cerita sampai ada keluarga tak makan 2 hari, Parlimen K. Kangsar nafi dakwa berita tersebut palsu.

Sebelum ini, viral satu rakaman panggilan telefon ke Suria FM di media sosial, dimana seorang lelaki bercerita mengenai sebuah keluarga dibantu beliau berada dalam situasi yang sangat menyedihkan.

Menurut pemanggil itu, anak-anak kepada penerima bantuan tersebut sudah tidak berdaya dan terbaring kerana sudah 2 hari mereka tidak menjamah makanan.

Isu tersebut kemudian menjadi viral dan nama ibu mertua kepada pelakon cantik manis, Mira Filzah iaitu Datuk Mastura Yazid yang merupakan ahli parlimen Kuala Kangsar disebut-sebut memandangkan kejadian itu didapati berlaku dalam kawasannya.

 

Menafikan mereka tak ada bekalan makanan

Oleh itu, melalui media sosial Datuk Mastura, pihaknya telah memuat naik penjelasan dari Pejabat Parlimen Kuala Kangsar mengenai perkara itu dan pihak beliau telah menemui sendiri keluarga yang terlibat untuk mendapatkan penjelasan.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan, keluarga tersebut menafikan bahawa mereka berada dalam keadaan sesukar itu dan telah mendapat bantuan.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Datin Mastura Yazid (@masturayazid)

Dah bertemu dengan keluarga tersebut

Di samping itu, keluarga terbabit juga mengakui tidak pernah terputus bekalan makanan dan tidak tahu sama sekali tentang kisah yang disampaikan di radio Suria FM tempoh hari.

Oleh itu, Pihak Pejabat Parlimen Kuala Kangsar memandang serius berkenaan dakwaan dan tuduhan palsu ini dan menggesa tindakan undang-undang diambil dengan segera.

Pemanggil Suria FM jaja cerita sampai ada keluarga tak makan 2 hari, Parlimen K. Kangsar nafi dakwa berita tersebut palsu.

Pada akhir kenyataan itu, pihak parlimen turut menggesa semua pihak untuk menghentikan tabiat membuat dakwaan dan tuduhan palsu seperti itu dan memohon orang ramai terlebih dahulu mengesahkan sebarang berita atau khabar angin sebelum dikongsikan kepada umum.

Walau bagaimanapun, pihak pejabat parlimen berterima kasih kepada orang ramai kerana membangkitkan isu ini dan sɪᴀsᴀᴛᴀɴ yang lebih tepat dapat dilakukan dengan segera.

Walau bagaimanapun, parlimen berterima kasih kepada orang ramai kerana membangkitkan isu ini dan sɪᴀsᴀᴛᴀɴ yang lebih tepat dapat dilakukan tidak lama lagi.

Sumber: Instagram Mastura Yazid

Check Also

Ter0k Di k3cam, Imam Besar M4sjid Putra Sekali Lagi T4mpil Buat Vide0

PUTRAJAYA – Imam Masjid Putra, Ustaz Ikmal Zaidi Hashim memohon maaf kepada seluruh umat Islam …

Leave a Reply

Your email address will not be published.