Connect with us

#pop

Seorang lagi pelajar meninggal dunia kerana dirempuh pemandu mabuk

KOTA BELUD: Seorang lagi pelajar dilanggar sebuah kereta dipandu seorang lelaki yang dikatakan mabuk di Jalan Tempasuk 2, Kampung Tempasuk 2 di sini semalam (13 Jun), telah meninggal dunia.

Maxryona Masdi, 7, pelajar Tahun 1 Sekolah Kebangsaan (SK) Tempasuk 2, cedera parah di kepala dan disahkan meninggal dunia di wad kecemasan Hospital Queen Elizabeth (QEH) pada pukul 7 malam.

Ketua Polis Daerah Kota Belud, Superintendan Mohd Zaidi Abdullah menyatakan, mangsa adalah adik kepada Max Christty Masdi, 10, yang meninggal dunia dalam kemalangan pada kira-kira jam 6.45 pagi tadi (13 Jun).

“Kami juga dapati adik-beradik itu adalah anak saudara kepada pemandu berusia 54 tahun yang dikatakan mabuk ketika dia melanggar tiga mangsa dalam kejadian pagi tadi (13jun).”

“Polis juga menasihatkan pengguna media sosial untuk berhenti berkongsi dan menyebarkan gambar mangsa bagi menghormati keluarga mangsa yang masih berkabung, dukacita dengan kejadian berkenaan,” katanya di sini malam tadi.

Mohd Zaidi memaklumkan, seorang lagi mangsa, Michelle Marianne David, 14, dilaporkan masih dalam keadaan kritikal kerana kecederaan parah di bahagian kepala.

Dalam kejadian sekitar jam 6.45 pagi itu, tiga pelajar yang sedang dalam perjalanan ke sekolah dikatakan sedang menunggu bas di bahu jalan sebelum dirempuh kenderaan jenis Nissan Sentra.

Max Christty meninggal dunia di tempat kejadian sementara dua yang lain cedera parah.

Mohd Zaidi sebelum ini melaporkan bahawa siasatan awal mendapati pemandu terbabit berusia 54 tahun dan bekerja sebagai petani itu, dalam perjalanan pulang ke rumah di Kampung Tempasuk 2 dari arah Pekan Kota Belud, sebelum dipercayai hilang kawalan lalu merempuh mangsa.

Kes ini disiasat di bawah Seksyen 44(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 dan Seksyen 44(1) APJ 1952 kerana memandu dalam keadaan mabuk sehingga menyebabkan kematian.

Continue Reading
Click to comment

Leave a Reply

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan.

Trending

    Tersilang akar ada tunasnya, Melingkar sabut kenal umbinya