“Ni Semua Ziarah Saudara Dekat Mall Ke” – Netizen Beng4ng Ramai Yang Serbu Pasar Raya Sedangkan Ziarah….

Biarpun Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 telah dilaksanakan, namun beberapa lokasi dilihat masih dipenuhi dengan kehadiran orang ramai.

Ini terbukti apabila ada yang berkongsi sebuah gambar memaparkan keadaan di sebuah pasar raya.

Gambar dipercayai berlaku di Shah Alam itu memaparkan jumlah pelanggan agak sesak dengan penjarakan fizikal yang agak terhad.

Perkara itu sekali gus mencetvskan kemar4han netizen yang rata-ratanya kecew4 dengan sikap sesetengah individu yang masih berd3gil.

Malah, ada juga yang mempertik4ikan keperluan orang ramai menyerbv pasar raya memandangkan aktiviti ziarah menziarah tidak dibenarkan.

“Ni semua ziarah saudara kat mall lah ni, nak ziarah rumah tak boleh.”

“Serious ramai betul eh pergi pasar raya time raya ni.”

“Allahu, sebab ni lah kes Selangor tak turun-turun. Please lah,” tulis beberapa netizen.

Sekadar info, perlaksanaan PKP 3.0 dibuat susulan peningkatan ke3s Covid-19 secara mendadak sejak beberapa minggu yang lalu.

Netizen persoal foto Aidilfitri tiga selebriti

PETALING JAYA – Gambar seisi keluarga termasuk bersama bekas isteri yang dikongsi pelakon Norman Hakim mengundang persoalan netizen tentang pematuhan prosedur operasi standard (SOP) kerajaan yang tidak membenarkan sesi ziarah ketika Aidilfitri.

Berdasarkan satu hantaran foto yang dimuat naik pelakon itu dalam Instagramnya, kelihatan Norman bersama isteri, Memey Suhaiza dan anak-anak bergambar bersama keluarga bekas isterinya iaitu penyanyi dan juga pelakon, Abby Abadi.

Turut berada di dalam gambar tersebut adalah suami kepada Abby iaitu Muhammad Faizal Zakaria serta anak angkat mereka dengan jumlah individu yang berada dalam gambar tersebut adalah seramai 13 orang.

“Ni Semua Ziarah Saudara Dekat Mall Ke” – Netizen Beng4ng Ramai Yang Serbu Pasar Raya Sedangkan Ziarah….
FOTO tular milik Norman dan Che Ta mendapat pelbagai reaksi ramai.

Persoalan dalam kalangan netizen mula timbul apabila rata-rata mereka mempertikaikan keberadaan Abby dan suami serta anak-anak mereka berada dalam satu kediaman bersama Norman dan juga Memey.

Berdasarkan pemerhatian Kosmo! Online, Norman telah bertindak menutup ruangan komen pada gambar tersebut berkemungkinan selepas mendapat tekanan daripada pengikutnya dalam Instagram.

Manakala, Abby atau nama sebenarnya Arbaiyah Abdul Manan, 44, telah menukar status Instagramnya kepada mod privasi.

Perkongsian gambar keluarga oleh pelakon Rozita Che Wan sempena sambutan Aidilfitri kelmarin turut mendapat perhatian netizen apabila dia memuat naik foto bergambar bersama-sama dengan ahli keluarganya yang lain.

“Anak menantu dan cucu,” tulisnya ringkas pada kapsyen gambar tersebut.

Perkongsian gambar tersebut menjadi buah mulut netizen apabila rata-rata mempersoalkan kemungkinan pelakon jelita itu melanggar SOP yang ditetapkan kerajaan.

“Ramainya ahli keluarga. Duduk serumah ke atau datang berziarah. Tanya sahaja,” soal seorang pengikut Instagramnya.

“Alamak. Ini semua memang duduk bawah satu bumbung ke (satu rumah) pada 1 Syawal,” komen seorang lagi pengikutnya.

Terdahulu, Pada 10 Mei lalu, kerajaan memutuskan untuk melaksanakan PKP di seluruh negara selain tidak membenarkan aktiviti ziarah rumah ke rumah dan ziarah kubur bermula 12 Mei sehingga 7 Jun.

Check Also

“InsyaAllah Bekalan Di Alam Kubur Daddy & Mommy” – Anaqi Mula Rajin Mengikuti Solat, Amar Baharin Berdoa Semoga Anak Menjadi Insan Soleh

Setiap ibu bapa sudah pasti ingin memberikan pendidikan terbaik untuk anak-anak dengan harapan si kecil …