Pukul 3 Petang. Ternampak Perempuan Rambut Panjang, Muka Gelap, Diri Rapat Dgn Tingkap ʀᴜᴍᴀʜ Kayu Hujung Kem

Gambar sekadar hiasan. Mejar Mohd Fitri seringkali berkongsi kisah dan pengalaman nya semasa berkhidmat di dalam tentera. Pelbagai kisah yang dikongsikan pasti mendapat perhatian warganet. Jom throwback salah satu kisah seram yang pernah beliau hadapi.

Ada banyak kali dalam hidup saya, saya hadapi benda-benda macam ini. Saya akan kongsi disini beberapa saja pengalaman saya. Kisah2 lain, biarlah jadi kenangan saya. Saya minta 1 perkara saja dari sahabat semua, iaitu waktu baca kisah2 saya ini, TOLONG JAGA IMAN masing-masing, itu saja. Gambar sebagai ilustrasi saja.. Jadikan ia pengajaran.

Saya ceritakan semula kisah pertama.

JIN / sᴇᴛᴀɴ ᴅɪʀᴜᴍᴀʜ=

Tahun 2007, saya berpindah dari Kedah ke 22 RAMD di Sandakan, Sabah. Oleh kerana bini saya (bekas isteri dah) taknak ikut saya, maka saya pindah seorang diri. Saya sampai dengan kapal terbang, dan barang-barang serta motosikal saya dalam kontena naik kapal laut. Jadi untuk sementara, saya duduk di bilik pegawai bujang dalam mess pegawai.

Kebetulan, hanya ada 1 saja ʀᴜᴍᴀʜ pegawai yang kosong. Sebuah ʀᴜᴍᴀʜ kayu pattern lama yang terletak dihujung kem, tepi hutan. Ramai anggota tentera bercerita jumpa macam-macam benda pelik dan jelmaan di ʀᴜᴍᴀʜ itu sewaktu mereka buat ronda keselamatan kem. waktu malam.

Saya serba salah juga nak duduk situ, tapi kalau tak duduk, mana nak letak barang-barang ʀᴜᴍᴀʜ saya satu kontena? Tak kan saya nak tunjuk penakut, saya kena tunjuk contoh pada anggota tentera bawahan saya, walau saya bukan berani sangat.

Setelah 2 bulan di Kem Sandakan, baru barang-barang ʀᴜᴍᴀʜ saya sampai. Saya guna trak askar dan beberapa anak buah tentera ambil barang ʀᴜᴍᴀʜ di pelabuhan Sandakan.

Ketika sampai di ʀᴜᴍᴀʜ itu, selepas turunkan semua barang, saya tunggu disitu dan check barang-barang saya. Trak askar dan anak2 buah patah balik ke pelabuhan untuk ambil lagi barang2 yang lain.

Tiba-tiba saya tengok, sofa saya terangkat sendiri. Terapung setinggi dada saya! Saya terkejut dan perhati saja sambil dalam hati baca ayat Quran. Saya hentak tumit kaki kanan ke lantai, baru sofa itu jatuh berdentum kuat kebawah. Kurang ajar punya jin sᴇᴛᴀɴ, masih siang terang benderang pukul 3 petang, dah kacau saya!

Selepas magrib, semua barang-barang ʀᴜᴍᴀʜ saya dah sampai di ʀᴜᴍᴀʜ. Memang berteraburlah, baru pindah masuk. Saya tinggal seorang diri. Lepas mandi, elok ketika saya keluar dari bilik air, saya tengok basikal roda tiga milik anak saya, bergerak sendiri kayuh sendiri. Saya diam je perhati.

Malam itu, saya tidur dengan buka lampu di master bedroom. Saya tak baca apa-apa ayat, nak tengok apa lagi permainan jin sᴇᴛᴀɴ ni. Terjaga entah pukul berapa, tengok dah gelap. Pandai pula sᴇᴛᴀɴ ni main suis lampu. Saya on semua lampu dan sambung tidur…

Tiba-tiba, jari kaki saya di tekan. Saya terjaga, saya nampak dengan jelas, satu lembaga hitam badan tegap besar dengan muka gelap mata garang sedang berdiri di hujung katil saya. Saya tarik selimut, tutup mata, istigfar dan baca ayat 4.

Saya tengok semula, dah hilang benda tadi. Tapi saya dengar suara seperti jin sᴇᴛᴀɴ itu gelak kah kah kah kah dengan kuat di ruang tamu. Seperti dia gelakkan saya. Mmmm..

Ini yang buat saya serabut. Ini baru hari pertama, macam mana saya nak duduk ʀᴜᴍᴀʜ ini bertahun-tahun ni??

Selepas kena bermacam ujian seperti yang saya cerita di atas tadi… Esok paginya waktu pejabat, anak-anak buah saya pandang saya dengan pelik. Ada yang bertanya,“Tuan, ok ke tidur ʀᴜᴍᴀʜ tu semalam?.“Ok je, aku tak mati lagi”. Saya jawab.

Saya cari dan tanya pembantu saya, Koperal Zaidi, kenapa tak pergi kemas ʀᴜᴍᴀʜ saya pagi ni? Dia cakap dia takut nak kesitu seorang diri. Tak apa, saya faham apa dia rasa.

Pukul 3 petang, saya naik motor balik ke ʀᴜᴍᴀʜ itu. Niat hati nak mandi, tukar baju dan rehat, sementara nak pergi aktiviti sukan petang. Tapi sampai saja di depan ʀᴜᴍᴀʜ itu, saya nampak satu perempuan rambut panjang, muka gelap, berdiri rapat dengan tingkap ʀᴜᴍᴀʜ saya di ruang tamu.

Terdiam saya di depan ʀᴜᴍᴀʜ. Adoii, celaka betul jin sᴇᴛᴀɴ ni. Semalam dah kena, ni kena lagi. Siang-siang pulak tu. Saya patah balik ke pejabat.

Lepas makan malam di mess pegawai, saya ke ʀᴜᴍᴀʜ saya. Mahu atau tidak, saya kena hadapi semua ini seorang diri. Dalam gelap saya buka suis-suis lampu. Saya pegang Quran, saya duduk bersila di tengah ruang tamu, saya bakar kemenyan arab dan gaharu. Mula berasap ruang tamu.

Saya seru panggil jin sᴇᴛᴀɴ yang ada situ mengadap saya. Terus ada suara betina mengilai dan suara sᴇᴛᴀɴ jantan bergelak ketawa. Bunyi serumpun pokok pisang di luar dapur pun macam dihentak-hentak. Saya pertahankan diri saya. Saya terus cakap dengan keras=

“Kau ni dah melampau! Kau ingat ini ʀᴜᴍᴀʜ siapa? Ini ʀᴜᴍᴀʜ aku! Ini ʀᴜᴍᴀʜ manusia, manusia yang bina ʀᴜᴍᴀʜ ni bukannya kau jin sᴇᴛᴀɴ. Kalau kau nak ʀᴜᴍᴀʜ kau, kau buat ʀᴜᴍᴀʜ kau sendiri! Tunjuk pada aku 1 tiang atau 1 dinding yang kau buat.

Tak ada kan? Kalau kau dah menumpang tu, buat cara menumpang. Kau ingat aku sebagai umat Nabi Muhammad ini nak merayu takut pada kau, macam aku ni anak cucu kau? Sejak bila atok nenek aku kawin dengan kau? Aku yang khalifah dan ketua kat bumi ni, bukannya kau!”

“Sekarang aku tak mahu kau kacau aku. ʀᴜᴍᴀʜ ini ada 4 bilik. Bilik tidur aku, ruang tamu dan dapur, ialah tempat aku nak guna. Bilik lain kau nak buat apa, kau punya pasal! Jangan kacau tempat aku. Aku tak kacau kau, kau jangan kacau aku.

Kau rasa kau hebat nak kacau manusia ni? Kau ingat kau boleh kacau dan takutkan aku? Apa kau rasa kami manusia tak akan buat apa-apa? Kalau kau cuba buat apa-apa, aku bnuh kau! Kalau aku tak dapat bnuh kau, manusia lain akan bnuh kau. Faham?!”

Terdiam dalam ʀᴜᴍᴀʜ… Tak ada lagi suara mengilai dan ketawa. Saya terus buka quran, baca Al Fatihah, Ayat Qursi, 4 Qul, surah Yasin dan surah Al Jin. Saya tulis 33 kali bismillahirrahmanirrahim di pinggan putih dengan kayu berduri dan air mawar, saya renjis di setiap dinding bilik saya, ruang tamu, dan dapur.

Sejak itu tak ada dah gangguan di bilik tidur saya, ruang tamu dan dapur. Bilik-bilik lain, saya tak masuk langsung, lantaklah jin atau sᴇᴛᴀɴ tu nak buat apa.

Kalau ada pegawai-pegawai muda yang baru masuk kerja melapor ke kem saya, saya kenakan mereka, dan suruh mereka tidur bilik-bilik yang berhantu itu beberapa malam. Padan muka kena cakar, kena kacau hehehe. Saya memang nakal, tapi nak mendidik mereka jadi berani juga.

(ʀᴜᴍᴀʜ -ʀᴜᴍᴀʜ situ sudah diroboh dan dibina kem dan ᴘᴇʀᴜᴍᴀʜᴀɴ baru. Saya orang terakhir yang duduk ʀᴜᴍᴀʜ itu 3 tahun berseorangan)

*Pengajaran= Jin atau sᴇᴛᴀɴ ini, perangai sama macam anjing. Tengok anjing. Kalau anjing tu ada tuannya, wah, punya samseng dan garang anjing tu. Tapi kalau anjing liar tidak bertuan, konon garang juga, tapi kalau kita tunjuk kita lagi garang, anjing liar akan takut pada kita. Sama juga pada jin dan sᴇᴛᴀɴ. Hidup kena berani, kita khalifah di bumi ini*

Check Also

“InsyaAllah Bekalan Di Alam Kubur Daddy & Mommy” – Anaqi Mula Rajin Mengikuti Solat, Amar Baharin Berdoa Semoga Anak Menjadi Insan Soleh

Setiap ibu bapa sudah pasti ingin memberikan pendidikan terbaik untuk anak-anak dengan harapan si kecil …

Leave a Reply

Your email address will not be published.