Connect with us

#news

Sering Menemani PM Ketika ‘Live’, Ini Kisah Jurubahasa Isyarat Ini

Published

on

Sejak bermulanya kr!sis C0VID-19 di negara kita, siaran langsung sidang media oleh perdana menteri boleh dikatakan menjadi ‘rancangan’ televisyen yang paling ditunggu-tunggu oleh kita semua.

Malah, mereka yang sudah lama tidak menont0n TV pun akan kembali f0kus kepada setiap perkataan yang diucapkan Tan Sri Muhyiddin Yassin setiap minggu.

Tidak lain tidak bukan hanya kerana ingin mendapatkan kemas kini dan makluman terbaru daripada kerajaan mengenai situasi C0VID-19 dan juga perintah kawalan pergerakan yang berlanjutan sejak 18 Mac lalu.

Dalam keterujaan kita mendengar ucapan perdana menteri yang sering saja diselit dengan jenaka bagi menceriakan suasana, kita pasti akan pernah ternampak atau perasan kelibat jurubahasa isyarat yang sentiasa berada di sebelah kanan kaca TV kita.

Jika anda merasakan ia adalah orang yang hampir sama untuk setiap kali sidang media dan wajahnya sering kelihatan dalam rancangan atau berita terbitan Radio Televisyen Nasional Malaysia (RTM) sebelum ini di kaca TV, maka tekaan anda itu adalah tepat sekali.

Jurubahasa tersebut, Tan Lee Bee sentiasa muncul dalam berita RTM dan beliau sudah berkhidmat di agensi terbabit lebih 25 tahun sejak pertama kali membuat kemunculan di kaca TV dengan rancangan Selamat Pagi Malaysia (SPM) pada 1986.

“Berbeza dengan pembaca berita yang hanya membaca teks berita, saya perlu memahami dan menterjemahkan ayat ke dalam bahasa yang mudah diterima oleh gol0ngan OKU pekak.

“Gerak tangan, mimik muka dan bahasa badan perlulah seiring dengan apa yang dibacakan serta perlu pantas berfikir untuk memenuhi tahap Bahasa Isyarat Malaysia (BIM),” k0ngsi beliau dalam satu temu bual bersama Harian Metr0 sebelum ini.

Rancanganitu menurut Lee juga menjadi titik tolak permulaan beliau dalam industri penyiraran selepas berkhidmat sebagai guru sejak 1980 di Sekolah Kanak-Kanak Pekak Selangor jelas beliau dalam satu temu bual bersama Harian Metro yang terbit baru-baru ini.

Jadi, tidak mustahil-lah jika anda pernah ternampak kelibat beliau menuturkan bahasa isyarat di program-program TV sebelum ini kerana 25 tahun bukan satu masa yang singkat dan pelbagai acara penting berlangsung sepanjang temp0h tersebut- di mana Lee akan sentiasa menjadi peneman kepada mereka-mereka yang membuat pengumuman tersebut.

Sebelum berkhidmat sebagai guru dan jurubahasa isyarat di TV, Lee juga mempunyai latar belakang pendidikan yang bukan calang-calang di mana beliau pernah menuntut di Universiti Tennessee, Amerika Syarikat selama setahun dalam bidang Pendidikan Orang Pekak.

Lee yang berasal dari Segamat, Johor ini juga bukan sahaja cekap menuturkan bahasa isyarat namun beliau juga fasih berbahasa Melayu dan turut pernah berkhidmat di mahka.mah sebelum ini sebagai jurubahasa.

“Ada kalanya kes berlarutan selama tiga hari maka saya perlu bertugas mengikut keperluan yang ditetapkan oleh peguam dan hakim,” katanya. – Sumber dipetik dari Thev0cket

Continue Reading
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Trending

Shares