Polis kesan peningkatan kenderaan, ramai mula balik ke Kelantan hari ini

Ramai yang mungkin mula rasa tertekan dengan PKP yang dikatakan separuh masak. Mana taknya, ketika rakyat berkorban dengan terus duduk di rumah, kes harian masih menunjukkan peningkatan seolah-olah tiada penghujung.

Dimana silapnya sampai jadi begini? kenapa kes harian terus meningkat seolah-olah rakyat tidak mengendahkan arahan kerajaan untuk terus tetap dirumah.

Tadi telah diumumkan yang PERINTAH Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) yang dilaksanakan di 34 mukim di lapan daerah di Selangor bakal berakhir pada Jumaat malam, kata Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Timbalan Perdana Menteri berkata, satu mesyuarat khas Majlis Keselamatan Negara (MKN) pada Jumaat telah mengkaji situasi semasa dan memutuskan PKPD tidak perlu dilanjutkan di Selangor.

Ini yang terjadi selepas pengumuman dibuat:

Polis mengesan peningkatan kira-kira lima peratus jumlah kenderaan dari negeri-negeri utara tanah air yang memasuki Kelantan melalui sekatan jalan raya (SJR) di Jeli hari ini.

Timbalan Ketua Polis Kelantan, Senior Asisten Komisioner Abdullah Muhammad Piah berkata, peningkatan peratusan kemasukan kenderaan di SJR itu dikesam berlaku bermula pagi tadi sehingga pukul 12 tengah hari.

Katanya, bagaimanapun, dua SJR di Pasir Puteh yang menjadi pintu masuk dari Terengganu dan Gua Musang untuk perantau dari ibu negara dilihat tiada berlaku peningkatan kemasukan kenderaan setakat ini.

“Berdasarkan pemerhatian, jumlah kenderaan di sekitar kawasan Kota Bharu juga meningkat sebanyak 15 peratus pada hari ini berbanding sebelumnya.

“Peningkatan kenderaan di Kota Bharu juga berkemungkinan orang ramai keluar untuk membeli barangan keperluan untuk persiapan menyambut Hari Raya Aidiladha,” katanya ketika dihubungi Kosmo! hari ini.

Menurut Abdullah, pemerhatian polis turut mendapati, peningkatan kenderaan yang berada di atas jalan raya di daerah Tumpat dan Machang juga meningkat lima peratus pada hari ini.

Sehubungan itu, Abdullah turut menasihatkan perantau yang pulang ke Kelantan agar menyediakan dokumen yang lengkap dengan alasan kukuh supaya tidak menimbulkan masalah ketika mereka tiba di SJR untuk ke negeri ini.

“Bagaimanapun, kita tidak menggalakkan perantau mengambil peluang merentas negeri untuk pulang ketika ini.

“Seeloknya, semua perantau tidak pulang ke kampung halaman bagi mengelakkan berlakunya penularan jangkitan ᴄᴏᴠɪᴅ-19,” katanya. – K! ONLINE.

Apa yang bakal terjadi? anda sendiri yang tentukan.

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Check Also

“InsyaAllah Bekalan Di Alam Kubur Daddy & Mommy” – Anaqi Mula Rajin Mengikuti Solat, Amar Baharin Berdoa Semoga Anak Menjadi Insan Soleh

Setiap ibu bapa sudah pasti ingin memberikan pendidikan terbaik untuk anak-anak dengan harapan si kecil …

Leave a Reply

Your email address will not be published.