Connect with us

#news

Setelah Gangguan Talian Celcom Hampir 1 Hari. Ini Ganjaran Yang Akan Diberikan Kepada Pengguna

Pengguna rangkaian Celcom di beberapa kawasan didapati sedang menghadapi gangguan perkhidmatan bagi data dan suara berikutan masalah teknikal yang dihadapi penyedia rangkaian berkenaan.

Menerusi satu kiriman ringkas daripada akaun rasmi pihak Celcom menyatakan bahawa mereka telah berdepan masalah gangguan teknikal.

“Pengguna rangkaian kami di beberapa lokasi seluruh negara sedang menghadapi gangguan bekalan untuk perkhidmatan suara dan data.

“Ini kerana rangkaian kami sedang berdepan dengan masalah gangguan teknikal dan kami sedang berusaha sedaya upaya untuk menyelesaikan gangguan berkenaan dalam masa terdekat,” katanya.

Sebelum ini, pengguna rangkaian berkenaan telah menzahirkan rasa tidak puas hati keatas penyedia rangkaian tersebut berikutan gangguan itu didakwa bermula sejak dari pagi tadi.

Ganjaran Untuk Pengguna Atas Masalah Dihadapi Hari Ini

Celcom memutuskan untuk tidak mengenakan sebarang caj ke atas penggunaan data dari jam 6 petang hingga 12 tengah malam hari ini, sebagai ganjaran kepada pelanggan yang bersabar berdepan masalah teknikal dihadapi sejak jam 3 petang tadi.

Celcom berkata, pihaknya memohon maaf atas masalah teknikal yang berlaku di mana rata-rata pelanggan tidak dapat membuat panggilan dan tiada sambungan internet.

“Semua perkhidmatan kembali seperti biasa sejak 6 petang tadi.

“Penggunaan data untuk kuota yang diperuntukkan kepada pelanggan, tidak akan dipotong dari jam 6 petang hingga 12 tengah malam ini,” katanya dalam kenyataan di Kuala Lumpur, hari ini.

Sekitar jam 3 petang tadi, pengguna Celcom di kebanyakan kawasan menghadapi masalah rangkaian dan membuat panggilan berikutan masalah teknikal.

Bukan Celcom Sahaja Yang ‘Down’

Sumber : HMETRO ONLINE

Continue Reading

Trending