“Penglihatan Saya Gelap Seperti Waktu Malam..” – Shahrizuan Telah Ditemui Dan Dia Menceritakan Apa Yang Terjadi Sebenarnya

” Pandangan saya gelap seperti waktu malam…”

Itulah kata-kata yang keluar dari mulut pengawal keselamatan yang dilaporkan hilang kelmarin apabila terserempak dan cuba mengejar pencuri kelapa sawit.

Muhammad Shahrizuan Pairon, 22, yang dilaporkan hilang, ditemui terbaring dalam keadaan lemah di tepi jalan berhampiran Sekolah Menengah Kebangsaan Dato’ Haji Hassan Yunos, Renggam di sini, pada jam 11.30 malam tadi.

Menurut bapa saudaranya, Adanan Baharudin, 61, dia bersyukur kerana anak saudaranya selamat.

Lelaki terbabit ditemui oleh ayahnya sendiri, Pairon Baharudin 56, yang melalui jalan tersebut yang terletak kira-kira 12 kilometer dari tempat mangsa dilaporkan hilang, di sebuah ladang di sini.

” Adik saya dan keluarga termasuk isteri dan anaknya menaiki kereta dan motosikal menuju ke lokasi anak mereka hiIang dan setibanya di jalan berkenaan yang bersebelahan rel kereta api, dia terlihat kelibat seseorang di tepi jalan.

” Hatinya terdetik untuk berpatah balik dan memang betul anaknya sedang terbaring dan apabila ditanya apa yang berlaku, Muhammad Shahrizuan terpinga-pinga dan mengatakan sepanjang dia hiIang, pandangannya gelap seperti waktu malam.

” Dia turut mengingati pada waktu kjadian kelmarin ada sebuah lori cuba melarikan diri di pintu pagar dan dia mengejarnya tetapi sampai di satu simpang, lori berkenaan hiIang dan dia cuba berpatah balik ke tempat kerjanya semula, tetapi tidak nampak jalan keluar,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Adanan berkata, apa yang menghairankan dan mengejutkan keluarga, sepanjang kehilangan anak saudaranya itu, bateri telefon bimbit dan minyak motosikalnya, masih ada dan berbaki.

” Ketika ditemui, perkataan yang terpacul daripada mulut Shahrizuan dia kelaparan dan mahu berehat,” katanya yang turut berterima kasih dengan semua pihak yang membantu misi mencari dan menyelamat anak saudaranya itu.

Sebelum ini, media melaporkan bahawa pengawal keselamatan yang terserempak dengan kecurian tandan kelapa sawit di sebuah ladang di Layang-Layang, di sini, gagal dikesan sebaik sahaja berlaku kejadian, kelmarin.

Adanan berkata, Muhammad Shahrizuan sebelum ini melaporkan kejadian tersebut melalui Whatsapp kumpulan kerjanya, pada pukul 7.22 malam.

Tambahnya lagi, dia mendapat maklumat dari 2 rakan sekerja Shahrizuan yang bergegas ke lokasi mendapati pagar telah dirosakkan, tetapi palang pagar masih dalam keadaan bertutup.

” Apabila perkara berkenaan diberitahu kepada pihak pengurusan, majikan anak saudara terus membuat rondaan pencarian di lokasi, namun Shahrizuan gagal dikesan.

” Anak saudara saya bersama motosikal Honda Wave miliknya dan ‘pencvri’ tiada di lokasi itu, malah mereka turut menghubungi Shahrizuan tetapi gagal,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Menurutnya, laporan polis mengenai kehilangan tersebut juga dibuat, tetapi operasi mencari yang melibatkan anggota Balai Polis Balai Layang-Layang dan anggota polis bantuan gagal menemui Shahrizuan.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Kluang Deputi Superintendan Abdul Razak Abdullah Sani mengatakan operasi pencarian mangsa telah dilancarkan.

Orang ramai yang mempunyai maklumat juga diminta menghubungi mana-mana balai polis terdekat.

Reaksi warganet

Sementara itu melalui ruangan komen, pelbagai reaksi diberikan orang ramai mengenai kejadian yang menimpa Adanan.

Antaranya mereka mengaitkan kejadian tersebut ada hubung kait dengan unsur mistik.

” Kuat ilmu hitam si pencuri….dah lah curi benda haram pastu main ilmu hitam.. jual buah sawit bagi anak bini makan duit haram, sampai bila nak buat camtu, bertaubatlah,” komen Sunan.

” Agak misteri.. ada dua kemungkinan yg berlaku.. mungkin ada unsur pukau yang dibuat pencuri, atau gangguan makhluk halus (kena sembunyi).. wallahualam,” komen Kiram.

Check Also

Pulau Batu Puteh: Sultan Johor Bertitah Tindakan Tegas Mesti Diambil Ke Atas Pihak Lakukan Kecu4ian, Sekali Dr Mahathir Jawab Balik

KUALA LUMPUR: Perbandingan Pulau Langkawi dengan Pulau Batu Puteh adalah sesuatu yang tidak wajar, kerana …

Leave a Reply

Your email address will not be published.