Connect with us

#viral

Sharnaaz Ahmad ucap rasa syukur dapat jumpa anak 3 kali sehari

Konflik berlaku pada setiap manusia. Namun, konflik yang berlaku kepada pelakon Sharnaaz Ahmad, 35 tidak lagi menjadi masalah buat dirinya apabila dia diberi kebenaran oleh isteri, Noor Nabila Mohd Noor untuk berjumpa dengan anak kesayangannya, Jebat Jayden.

Sharnaaz Ahmad menyatakan bahawa kehidupannya selepas mendapat kebenaran berjumpa Jebat Jayden adalah kehidupan yang bahagia buatnya.

Namun, status perkahwinan beliau dengan Noor Nabila akan diserahkan keputusannya kepada pihak mahkamah.

“Kami belum bercerai tapi keputusan nak keluar tak lama lagi… apa yang saya nak beritahu sekarang ini hubungan kami sebagai kawan yang akan bersama-sama membesarkan anak.”

Sharnaaz menyatakan di mStar bahawa:
“Selama ini saya fight untuk anak, tapi hari ini saya sudah dapat bersamanya semula tanpa sebarang halangan… itu dah cukup memadai. Bagi saya hal anak ini keutamaan dan perkahwinan jatuh nombor dua,”

Dengan situasi begini, Sharnaaz meluahkan perasaan bersyukur dan gembira apabila isterinya memahami niat yang dilakukan oleh Sharnaaz adalah perkara yang setiap bapa akan lakukan.

“Demi Allah! Apa saya buat ini semua hanya untuk anak… sekarang saya dah dapat apa lagi saya nak? Isteri boleh ganti tapi anak tidak sama sekali,” luahannya.

“Itu dah cukup buatkan saya seronok… saya tak mahu Jebat rasa kehilangan kasih seorang bapa, saya akan beri apa yang termampu untuk anak kami itu.”

“Sejujurnya saya bersyukur Nabila menjadi ibu kepada Jebat dan saya juga bersyukur kerana dapat jumpa Jebat bila-bila masa tanpa halangan.”

Beberapa bulan lepas, Sharnaaz menerima kata kata pedas dari netizen mengatakan bahawa dia sengaja melambatkan proses penceraiannya dengan Noor Nabila namun dia menafikan. Dia juga menyatakan dimana dia dan isterinya sedang dalam usaha berbaik semula.

Kami doakan semoga urusan Sharnaaz dan isteri dipermudahkan Oleh-Nya. Aamin.
Apa kata pembaca sekalian?

Jangan lupa Like, Share dan Subscribe! 4 klik sahaja diperlukan 😁

Sumber: mstar

Continue Reading
Click to comment

Leave a Reply

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan.

Trending

    Tersilang akar ada tunasnya, Melingkar sabut kenal umbinya