20 Ribu Helai ‘Sold Out’ Sekelip Mata, Fazura Lancar Tudung Bunga Pula – “Murahnya dia jual”

Seperti biasa pelakon popular, Fazura sering menjadi tumpuan dilaman media sosial miliknya dan selepas dia mengumumkan pelancaran tudung jenamanya sendiri membuat ramai peminat teruja sejak April lalu.

Biarpun begitu, koleksi terbaru tudung Fazura ini sekali lagi menjadi bualan hangat peminat dimana dia mengeluarkan koleksi yang cukup menarik.

Baru-baru ini, pelakon jelita Nur Fazura sekali lagi melancarkan koleksi tudung bawal terbaharu yang bermotifkan corak bunga sehingga mendapat sambutan hangat ‘diborong’ ramai pelanggan.

Menerusi laman Instagram, pelakon berusia 38 tahun itu turut melakukan tutorial dengan menggayakan beberapa helaian koleksi tudung yang diberi nama ‘Kakak Kita’ itu.

Malah baru beberapa jam dilancarkan, rakan bisnesnya Hafiz Nassir melaporkan koleksi tudung yang mempunyai 10 corak itu sudah terjual sebanyak 20,000 helai dalam masa sehari sekali gus mencatatkan ‘rekod’ luar biasa.

Tahniah Fazura & ‘team’!

Fazura bagaimanapun dilihat dalam video rakaman 50 minit itu bukan sekadar menjelaskan mengenai koleksi terbaru itu kepada umum malah turut menunjukkan beberapa cara pemakaiannya yang turut menarik perhatian mereka.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Nur Fazura (@missfazura)

“Syukur alhamdulillah. Segala pujian hanya milik Allah SWT. Amin,” tulis Fazura meluahkan rasa syukur atas jualan berkenaan.

Meninjau ke laman Twittier, rata-rata mengakui teruja bagi mendapatkan koleksi berharga RM27 sehelai itu yang disifatkan berbaloi untuk dimiliki berbanding tudung ‘kayangan’ lain.

Bagaimanapun, ada juga individu kecewa apabila tidak sempat membeli sehelai pun koleksi kerana telah ‘sold out’ dan perlu menunggu pada waktu akan datang.

Harga mampu milik

Malah ia disebabkan juga harga yang ditawarkan untuk setiap rekaannya itu dikatakan murah dan berpatutan meskipun kualitinya sangat memuaskan hati mereka.

Sedih, semua dah kehabisan stok!

Sehingga disaat menjengah ke ruangan komen di salah satu posting Fazura kelihatannya ramai tidak berpeluang mendapatkannya kerana sangat cepat sold out.

Cantik, murah pulak tu!

Penangan tudung pelakon jelita ini membuatkan netizen memberikan pujian bukan sekadar corak dan rekaannya yang lawa dan memikat hati ramai.

Terdahulu pada Mei lalu, Fazura melancarkan koleksi tudung bawal ‘plain’ yang turut menjadi rebutan para wanita sehingga laman web mengalami masalah teknikal.

Fattah dan Fazura yang bertemu ketika membintangi drama Hero Seorang Cinderella, dikurniakan Nur Fatima Aisya pada 2 Oktober tahun lalu.

Pasangan ini mendirikan rumah tangga pada 27 November 2017.

Sumber: Instagram Fazura

Check Also

Ter0k Di k3cam, Imam Besar M4sjid Putra Sekali Lagi T4mpil Buat Vide0

PUTRAJAYA – Imam Masjid Putra, Ustaz Ikmal Zaidi Hashim memohon maaf kepada seluruh umat Islam …

Leave a Reply

Your email address will not be published.