Shuib Bagitau Outlet Bubblebee Ada Yang Baru Dan Bertanya Siapa Pemiliknya. Sekali Naim Daniel Komen, Kantoi Semuanya

Tahun lalu, Bubble Bee Sdn Bhd pernah mengumumkan bahawa mereka mensasarkan pembukaan lebih dari 100 cawangan baharu.

Pengasasnya, Shahmira Muhamad atau lebih dikenali sebagai Shuib mengatakan bahawa pihaknya berhasrat untuk memiliki lebih banyak cawangan tahun ini kerana sambutan yang menggalakkan dari pelanggan.

Kebarangkalian yang tinggi untuk melihat sasaran tersebut tercapai, apabila satu demi satu rakan artis yang rapat dengan Shuib membuka outlet Bubblebee.

Antaranya ialah Sharnaaz Ahmad (Danau Kota Setapak), Nabil Ahmad (Seremban 2) dan Hairul Azreen (Putrajaya).

Baru-baru ini, Shuib mengumumkan di Instagramnya bahawa outlet baru bakal dibuka di Semenyih, Selangor.

” Subhanallah Alhamdulillah Allahuakbar, Syukur ya Allah,Outlet Bubblebee yang terbaru di Eco Majestic Semenyih. InsyaAllah hujung bulan Oktober ni kita start beroperasi…

” Persoalannya,,outlet ni SIAPA YG PUNYA??? CUBA KORANG TEKA..” tulis Shuib.

Dalam pada itu, Shuib juga memberi bayangan yang outlet berkenaan akan dimiliki oleh seorang artis.

Berdasarkan reaksi netizen, kebanyakkan dari mereka tidak dapat meneka siapa pemilik outlet Bubblebee itu dan mereka saling bertanya sesama sendiri.

Komen Naim Daniel kasi kantoi sendiri

Namun, komen dari seorang penyanyi ini seolah-olah ’kantoikan’ pemiliknya.

Penyanyi popular, Naim Daniel muncul di ruangan komen seolah-olah memberi gambaran kepada peminat bahawa dia adalah pemilik kepada outlet baru Bubblebee di Semenyih nanti.

” Kura-kura dalam perahu….PURA-PURA TAK TAHU!” tulis Naim Daniel.

Walaupun hanya komen ringkas diberikan, namun peminat kemudian dapat menghidu outlet yang disebut Shuib itu berkemungkinan dimiliki oleh Naim Daniel.

Lebih menambah keyakinan, peminat sudah tahu bahawa penyanyi tersebut baru sahaja membeli rumah di Semenyih dan tinggal bersama keluarganya di sana.

” KURA KURA NAIK PERAHU….. SAJE JE BUAT BUAT TAK TAHU…” balas Shuib pula disusuli emoji ketawa dan seakan memberi ‘hint’ kepada peminat.

Ramai juga yang tahu Shuib memiliki hubungan yang akrab dengan Naim Daniel.

” Ini mesti kamu punyakan Naim. Sebab kat semenyih..” tulis seorang warganet.

Sementara itu, memetik laporan media baru-baru ini, Naim Daniel telah memaklumkan kepada orang ramai bahawa beliau telah pun membeli sebuah rumah di Semenyih, Selangor.

Rumah yang dibeli atas hasil titik peluh Naim sendiri dalam bidang seni, membuat diri beliau merasa teruja dan tidak sabar untuk menghias rumah barunya itu dan konsep minimalis telah menjadi pilihan hati pelakon berkenaan.

” Saya beli rumah showroom jadi semua perabot dah ada, cuma saya kena top up dengan barangan keperluan rumah seperti pinggan mangkuk dan hanya perlu bawak masuk baju sahaja.

” Memang dari dulu lagi suka konsep minimalis… tak suka rumah banyak sangat barang.

” Baru minggu lepas, ada satu berita gembira. Rumah yang saya beli di Semenyih, Selangor, sudah boleh masuk. Ada yang usik, saya ini dah ada semuanya tapi calon isteri sahaja belum ada lagi,”katanya kepada Utusan.

Penyanyi yang terkenal dengan lagu Sumpah itu, telah membuat keputusan membeli rumah berkenaan pada awal tahun lalu (2021) dan rata-rata ramai yang kagum dengan pencapaian yang telah dicapai oleh beliau ketika berusia 23 tahun.

Menurut Naim, menyedari bahawa ramai juga di kalangan pasangan memilih untuk berkahwin pada usia muda, dia bagaimanapun tidak merasa tergesa-gesa untuk mencapai tujuan yang sama.

” Saya tak pernah marah atau sentap kalau orang tanya bila nak kahwin?

” Saya sendiri pun tertanya dengan diri sendiri, bila ya aku nak kahwin? Macam mana nak ke arah itu, kalau asyik sibuk dengan kerja saja.” katanya.

Check Also

Pulau Batu Puteh: Sultan Johor Bertitah Tindakan Tegas Mesti Diambil Ke Atas Pihak Lakukan Kecu4ian, Sekali Dr Mahathir Jawab Balik

KUALA LUMPUR: Perbandingan Pulau Langkawi dengan Pulau Batu Puteh adalah sesuatu yang tidak wajar, kerana …

Leave a Reply

Your email address will not be published.