Connect with us

#celeb

Siapa Sangka Setelah 5 Bulan Berniaga Cempedak Goreng Tepi Jalan, Balu Abam Berjaya Buka Kedai Sendiri

Setelah 5 bulan menjalankan perniagaan menjual cempedak goreng, balu kepada Abam Bocey, Nor Hidayah kini berjaya buka kedainya sendiri.

Sebelum ini, Nor Hidayah hanya menjual cempedak goreng di tepi jalan. Lama kelamaan perniagaannya mendapat sambutan luar jangkaan daripada orang ramai.

Melalui laman sosial Instagram Hidayah, beliau telah kongsikan beberapa keping foto dan meluahkan rasa syukur diatas perkara gembira tersebut.

Hasil titik peluh meniaga cempedak

Menurut Nor Hidayah, kedai itu berjaya diperoleh hasil dari titik peluhnya  berniaga cempedak goreng. Rezeki tidak pernah salah alamat, malah usahanya itu direalisasikan oleh abangnya apabila membantu mendapatkan kedai daripada pihak Majlis Daerah Sabak Bernam (MDSB) untuk Hidayah.

“Terima kasih mak abah & famili tercinta sentiasa doakan serta support dayah.. terima juga Majlis Daerah Sabak Bernam (MDSB) meluluskan permohonan Kedai No.19 degan cepat…”

Alhamdulillah, terus maju jaya Dayah

Berkenaan dengan perkara itu, ruangan komen Instagram Hidayah serta merta dibanjiri dengan ucapan tahniah atas pencapaian dan kejayaannya. Mereka juga menitipkan doa dan tumpang gembira kerana balu kepada pelawak kumpulan Bocey itu kekal tabah dan kuat mencari rezeki sehingga mampu memiliki dan membuka kedai sendiri.

farahdikadaud
Alhamdulillah… Semoga yg terbaik buat awk dan anak… 🌹

muhainiprawira
Alhamdulillah, selamat maju jaya awak..moga sukses terus dan awak sihat selalu aamiin 🌷

arameera_
Amiin..Kita support awak dayah..awak boleh.. superwoman😍

malaikat_maut83
Alhamdullillah… rezeki hamzah n dayah…. dayah jgn risau.. we will always be with you n hamzah….

ctrosidah77
masya Allah,, doa Dayah di makbulkan Allah kerana ujian2 yg perlu dayah hadapi selepas kepergian suami.. stay Strong, Allah sentiasa sayang hambanya yg ingat padanya

In Shaa Allah, semoga perniagaan Nor Hidayah kekal laris dan dihujani pelanggan.

Continue Reading

Trending