Connect with us

#pop

Sihir Tulang Selangka, Sihir Yang Terkenal Bila Tiba Aidil Adha.

Sihir merupakan perbuatan yang dimurkai Allah SWT. Kita sebagai muslim yang mengikut ajaran Sunnah Wal Jam’ah, janganlah kita sesekali mendekatkan diri kepada perbuatan terkutuk ini. Sihir boleh datang dalam pelbagai cara, antaranya ketika menjelangnya Hari Raya AidilAdha, hari dimana umat Islam raikan setiap tahun.

Berikut adalah sihir yang sesetengah manusia berniat jahat amalkan pada tarikh Raya Aidil Adha.

SIHRUL KATIFسحر الكتف* (SIHIR TULANG SELANGKA)

Oleh kerana musim k0rban dah nak Hampir..

Kalau tuan-tuan kebetulan jalan-jalan di Bumi Arab khususnya di Mesir, Algeria, libya dan sebahagian negara Arab yang ada..

Cuba tuan-tuan beli daging dimana-mana kedai daging atau tuan-tuan kebetulan ada ikuti orang arab lapah lembu atau kambing..

Tuan-tuan akan lihat kebanyakkan orang Arab akan memecahkan Tulang selangka atau tulang bahu yang terdapat pada lembu atau kambing sebelum tulang ini dibuang atau diserahkan pada yang inginkan dagingnya..

Sebabnya :

Di Arab amat terkenal sebahagian golongan mereka yang berniat Jahat..

Menggunakan Tulang selangka ini bagi tujuan menulis ayat-ayat sihir dengan niat untuk membinasakan hidup orang-orang tertentu

Kesannya..
Sesiapa yang terkena sihir ini.. kesihatannya menjadi susut.. berat.. Penat.. Dan berakhir dengan kematian kesengsaraan,
Ada yang menulisnya kemudian ditanam.. Atau disimpan pada tempat yang sulit untuk orang temui…..

Sebab itu mereka yang menjual daging dari kalangan orang yang beriman.. Akan memecahkan tulang ini bagi mengelakkan ia digunakan oleh penyihir penyihir arab….

Ada yang lebih jahat lagi..
Yang agak berduit sikit..

Ia sembelih kambing dengan duitnya sendiri..
Tapi niatnya untuk setan..
Dan memang niatnya untuk mencelakakan orang…
Maka dalam seekor binatang yang dik0rbankan..
hanya tulang selangka itu yang setan suruh ambil dan tuliskan mantera sihir….

Bagi yang sengkek dan tak mampu nak beli seekor..
Cukup dia mencari tulang selangka yang sempurna….
Penjual daging yang jahat….
dia bakal terima wang yang banyak kalau ia bisa memenuhi kehendak pembeli yang dalam dirinya ada Syait0nirr0jim

Wallahu a3lam

Semoga Allah jauhkan keturunan kita
Dari mengamalkan sihir..

Amin

‎سحر الكتف

‎هل سمعت بهذا السحر من قبل ؟؟

هناك بعض الجزارين يبيع هذه القطعه من عضمه الكتف للابقار و الخرفان بمبلغ كبير

‎ويتم فيها عمل سحر وهذا السحر يعتبر من أبشع أنواع السحر ويسمي

# سحر الكتف #

كما موضح بالصوره و كلما نشفت العضمه زاد العذاب والالم في جسم الضحيه

‎ولهذا يتم بيعها عند بعض الجزارين ومن ضعاف النفوس بمبالغ كبيره .. الا من رحم ربي من الجزارين يكسرها ويرفض بيعها لعلمه المسبق بأنها تستخدم للسحر …

‎فَلَمَّا أَلْقَوْا قَالَ مُوسَىٰ مَا جِئْتُمْ بِهِ السِّحْرُ ۖ إِنَّ اللَّهَ سَيُبْطِلُهُ ۖ إِنَّ اللَّهَ لَا يُصْلِحُ عَمَلَ الْمُفْسِدِينَ﴿٨١﴾وَيُحِقُّ اللَّهُ الْحَقَّ بِكَلِمَاتِهِ وَلَوْ كَرِهَ الْمُجْرِمُونَ

“Maka setelah mereka melemparkan, Musa berkata kepada mereka, Apa yang kamu lakukan itu, itulah sihir, sesungguhnya Allah akan menampakkan ketidakbenarannya. Sesungguhnya Allah tidak akan membiarkan terus berlangsungnya pekerjaan orang-orang yang membuat kerosakan. Dan Allah akan mengukuhkan yang benar dengan ketetapan-Nya, walaupun orang-orang yang berbuat dosa tidak menyukai(nya)“. [Quran 10: 81-82]

Sumber: FB che pai

Continue Reading

Trending