#celeb
Siti Elizad memasak 100 bungkus makanan untuk anggota polis & tentera

Pelakon jelita Siti Elizad menghargai sumbangan anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang bertugas dan berkhidmat sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Menurut Elizad atau nama penuhnya Siti Elizad Mohamad Sharifuddin, dia memasak 100 bungkus makanan sebelum mengagihkannya kepada pasukan bertugas di beberapa lokasi sekatan jalan raya sekitar ibu kota.
“Melihat keadaan mereka yang sanggup bertugas dalam keadaan panas dan hujan lebat, saya terfikir untuk menyediakan makanan untuk mereka sebab saya pun suka memasak. Semua saya masak sendiri.
“Alhamdulillah, semalam (dua hari lalu) saya sediakan nasi hujan panas buat mereka dan hari ini (semalam) saya masak sup kambing serta lempeng kelapa,” katanya.
Namun bukan itu sahaja, pelakon berusia 35 tahun tersebut juga mempunyai perancangan bagi menghantar makanan kepada pasukan barisan hadapan di hospital pula.
“Saya ada menerima mesej peribadi daripada jururawat yang ingin saya menghantar makanan kepada mereka.
“Tapi saya tak tahu prosedur yang betul. Takut nak memandai-memandai hantar kepada mereka. Lagipun sekarang ini saya perlu hadkan pergerakan.
“Namun jika ada peluang saya memang nak hantar makanan kepada mereka. Mungkin dengan cara ini saya dapat gembirakan hati mereka,” ujarnya.
Sumber : Harian Metro
-
#pop5 bulan ago
Terjebak Dengan ‘Avatar’ Di Facebook? Akak Ini Jelaskan Boleh Jatuh Akidah!
-
#news11 bulan ago
Peraturan ‘1 kereta 1 orang ‘ berkuat kuasa 1 April ini
-
#pop5 bulan ago
Baru reda isu restoren 35, Influencer ini buat hal lagi bila buat “live” tapi guna kata kata kesat dan memalukan orang lain
-
#celeb11 bulan ago
“Bila lelaki penuh rasa cinta. Matanya hanya memandang pada yang dicintanya..” -Netizen