Connect with us

#celeb

Siti Nordiana Sebak Bila Anak Tanya “Semua Orang Datang Dengan Abah…”

Siti Nordiana Binti Alias atau lebih mesra disapa Nana mengakui perasaanya menjadi sebak apabila ditanya anaknya, Muhammad Rayyan Nakhaie mengenai bapa kandungnya, Allahyarham Mohd Faizal Mohd Yusop.

Anak kelahiran Felda Sendayan itu membongkarkan perkara itu melalui program variasi Rumah No 107 yang akan disiarkan pada hari Jumaat ini.

Akui Nana, tidak dinafikan perasaan sukar untuk menjawab ada dalam dirinya lebih-lebih lagi untuk menjawab persoalan yang diajukan oleh anak lelakinya sendiri.

“Ryan masa arwah abah dia meninggaI umur dia baru dua tahun tujuh bulan, dia masih belum faham lagi.”

“Tapi apabila sudah masuk sekolah dia ada bertanya pada saya juga, sebab kadang-kadang saya hantar sendiri ke sekolah jadi dia bertanya…”

“Mama semua orang datang dengan abah dia, Rayyan sahaja datang dengan mama. Itulah soalan yang paling susah saya nak jawab sebenarnya.”

“Saya jawab… Rayyan abahkan dah tak ada. Tak apa Rayyan jangan lupa baca Al-Fatihah untuk abah.”

“Abah memerlukan doa Rayyan supaya abah senang dekat ‘sana’. Bila saya cakap macam tu barulah dia faham.”

“Tetapi dia jarang bertanya berkenaan hal itu, cuma sebelum ini mungkin dia bertanya sebab dia melihat kawan-kawan dia ada abah,” kata Nana sebak.

Selain Nana, Tomok juga dijemput sebagai tetamu undangan program itu. Rancangan Rumah No 107 dihoskan oleh Khir Rahman bersama Man Raja Lawak, Joey Daud, Ropie dan juga Vicha dengan karakter masing-masing.

Untuk yang berminat melihat secara penuh episod Nana dan Tomok, anda boleh membuka melalui Astro Warna HD (Saluran 107), Astro Warna (Saluran 127) dan Astro Go, pada hari Jumaat ini pada jam 9:00 malam.

Untuk makluman, Siti Nordiana telah membina rumahtangganya bersama pelakon drama, Mohd Faizal Yusup pada tanggal 29 April 2006.

Sepanjang perkahwinan, mereka telah dikurniakan seorang cahaya mata diberi nama Muhammad Rayyan Nakhaie pada tanggal 21 Mac 2008.

Namun keindahan tersebut akhirnya terbang ke lautan dalam, pasangan itu mengambil keputusan untuk bercerai pada tanggal 14 September 2009.

Dua tahun selepas itu, Faizal disahkan telah meninggal dunia akibat serangan jantung pada tanggal 1 Januari 2011.

Sumber: Gempak

Continue Reading
Click to comment

Leave a Reply

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan.

Trending

    Tersilang akar ada tunasnya, Melingkar sabut kenal umbinya