Jenazah hanya lalu tak dibenarkan singgah rumah, ahli keluarga sebak beri lambaian terakhir

Hakikat yang sukar diterima ketika musim ᴡᴀʙᴀᴋ ᴄᴏᴠɪᴅ-19 ini, ahli keluarga tidak dapat memeluk dan mencium jenazah insan tersayang kerana mereka wajib mematuhi ᴘʀᴏsᴇᴅᴜʀ ᴏᴘᴇʀᴀsɪ sᴛᴀɴᴅᴀʀᴅ (sᴏᴘ) yang ditetapkan.

Baru-baru ini, Facebook PahangKu Media telah berkongsi satu video menunjukkan sebuah ahli keluarga yang hanya mampu melambai ke arah van jenazah yang diiringi dan dikawal kereta polis sebelum jenazah insan tersayang dibawa ke tanah perkuburan.

Lebih memilukan dan mengundang sayu apabila semua pihak yang mengiringi jenazah bertindak untuk memperlahankan kenderaan untuk memberi peluang kepada ahli keluarga sebagai penghormatan terakhir kepada jenazah itu.

“Jenazah tidak dibenarkan singgah dirumah lantaran SOP.. namun kenderaan jenazah diperlahankan bagi memberi peluang keluarga memberikan penghormatan terakhir,” tulis kapsyen posting tersebut.

Dalam rakaman video berdurasi 1 minit 22 saat itu juga, kedengaran ahli keluarga menangis teresak-esak dan saling menenangkan antara satu sama lain yang tidak berdaya hiba kerana tidak dapat menatap jenazah buat kali terakhir.

Malah, anggota polis yang menggunakan pembesar suara sempat meminta maaf dan memohon ahli keluarga terus bersabar serta sedekahkan al-Fatihah buat Allahyarham.

Tonton video penuh:

Seorang wanita, Norasma Tahir dipercayai anak kepada Allahyarham juga ada memuat naik posting mengucapkan terima kasih atas doa yang dikirimkan orang ramai.

Dia ibuku.. Syukur, terima kasih yang mendoakan!

Bagaimanapun, tiada maklumat lanjut dikongsi mengenai punca pemergian Allahyarham berusia 86 tahun itu yang dijemput Ilahi pada pagi Jumaat lalu di Hospital Sultan Haji Ahmad Shah, Pahang.

Kuatkan semangatku untuk hari2 mendatang

Allah hu Akbar…..Kuatkan semangat ku tuk hari² mendatang….VC terakhir jam 9.30 pg sebelum MAK dijemput Illahi jam…

Posted by Norasma Tahir on Saturday, July 3, 2021

Sumber: Facebook PahangKu Media & Norasma Tahir

Check Also

“InsyaAllah Bekalan Di Alam Kubur Daddy & Mommy” – Anaqi Mula Rajin Mengikuti Solat, Amar Baharin Berdoa Semoga Anak Menjadi Insan Soleh

Setiap ibu bapa sudah pasti ingin memberikan pendidikan terbaik untuk anak-anak dengan harapan si kecil …

Leave a Reply

Your email address will not be published.